Biasanya kalau masak apa sekali pun, mesti kita akan perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa untuk memberi rasa yang enak dan menyelerakan. Namun perkongsian resipi daripada wanita ini, berkenaan resipi istimewa yang biasa dimasak oleh arwah ayahnya menarik perhatian warganet. Berkali-kali wanita ini menyarankan agar tidak perlu ditambah garam, gula dan serbuk perasa untuk menyediakan resipi tersebut.
Wanita ini selain berkongsi resipi istimewa, turut memohon agar warganet dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia pada Syawal kedua akibat serangan jantung.
Ini perkongsiannya;
Minggu lepas, Syawal pertama, waktu macam ni, tengah berjuraian air mata dalam kereta kerana kami dalam perjalanan pulang ke kampung apabila dapat kebenaran daripada pihak polis (bukan mudah untuk dapat kebenaran) untuk rentas negeri apabila abah tiba² kena serangan jantung pada petang raya. Tengah malam, sampai hospital Temerloh, sempat ‘bercakap’ dengan abah sekejap dalam ICU sebelum abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.27 pagi setelah dimasukkan ke CCU. Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas.
Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah.
Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni. Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam² sedap dah rasanya.
Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Ini bahan-bahannya:
Ads
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun. Daging (ini bahan utama), fishball (ini untuk memeriahkan kuah), sawi biasa atau sawi pok choy, cili (dihiris), bawang merah dan bawang putih (ditumbuk), akhir sekali limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan).
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Tak kisah nak guna jenama apa pun. Ada 4 botol sos dan kicap ni, tak perlu tambah garam lagi dah ke dalam masakan.
Air panas menggelegak atau air panas penapis air. Tak kisahlah penapis air jenama apa.
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Ads
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos2 tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak2 ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos2 tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh!
Ads
Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Berita duka ini dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Childhood Cancer Northern
BERANGKAT PULANG
Innalillahiwainnailahirojiun
“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada.Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan.
Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.
Kisah Arwah yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) tular sebelum ini kerana ingin menaiki pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.
Hasrat tersebut dipenuhi oleh pihak TUDM. Malah, arwah juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.
Adik Irfan turut diberi peluang menyarungksn persalinan lengkap ‘flying suit’. Itulah gambar terakhir arwah yang boleh dijadikan kenangan oleh ahli keluarganya.
Al-Fatihah buat arwah adik Irfan, semoga ahli keluarga kuat dan tabah dengan dugaan ini.
Masalah angin dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati atau hiatus hernia. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan semakin meningkat. Pun begitu janganlah terlalu risau kerana ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan.
5 Tip Elak Angin Dalam Perut
1. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba mengelakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
2. Elak ambil makanan terutamanya makanan yang digoreng atau yang mengandungi herba.
3. Elakkan ambil makanan pedas.
4. Elakkan sama sekali makanan yang diketahui tidak sesuai untuk tubuh anda terutama makanan yang bersifat angin seperti kangkung, kacang panjang, petai,
kacang hijau, pulut dan sebagainya. Hindarkan.
5. Selain itu, jangan pula membongkok atau terus sahaja baring selepas makan. Ruang perut yang sempit membuatkan semakin sukar dan lambat pergerakan
makanan. Jadi sebagai wanita hamil, janganlah terus berbaring. Duduk dan berehat secara santai adalah jalan terbaik untuk anda.
Sekiranya masalah ini berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Dinasihatkan sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang).
Langkah terakhir adalah dengan mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang mengandung. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan anda. Jalani tempoh mengandung yang sihat, riang dan menyeronokkan.
Tip Cergas Ibu Hamil
Apabila mengandung memang badan akan merasa lesu dan kurang daya untuk melakukan banyak perkara seperti selalu. Namun ada cara yang boleh buat anda lebih rasa relaks dan seronok di rumah. Jom cuba tip sihat ini.
* Bangun pagi tarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.
* Selepas mandi persiapkan diri dengan pakaian yang cantik dan selesa. Pilih sahaja pakaian yang paling anda suka, asalkan ia buat anda gembira. Biar tubuh lesu asalkan penampilan tetap cantik dan kemas.
* Menonton televisyen dengan melakukan sedikit regangan tangan pasti buat anda teruja. Jika mampu, lakukan lebih dari itu.
* Jika anda berbaring sambil menonton, belajarlah untuk mengangkat kaki dan lakukan pergerakan ringan. Mudah dan ringkas.
* Aktiviti mengelap perabot atau benda hiasan kecil pasti buat anda berpeluh.
* Lebih kreatif, asah minda anda dengan melakukan pelbagai hiasan atau hasil seni kreatif bersifat diy. Relaks tapi lebih fokus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika di kampung, pokok Pecah Kaca ini atau juga yang mengenalinya dengan nama Daun Pecah Beling bayak ditanam oleh orang-orang dulu untuk tujuan diambil manfaat daunnya itu.
Dikatakan daun pecah kaca ini elok diamalkan buat yang ada penyakit batu karang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada seorang wanita berbangsa cina ini, Amanda Tan jelaskan cara bagaimana untuk manfaatkan khasiat daun pecah kaca ini untuk tujuan kesihatan.
Jom semak agar mudah untuk kita sediakannya.
“Hari ini saya kongsikan satu petua yang anda boleh amalkan menggunakan Daun Pecah Beling /Daun Pecah Kaca / Daun Jeneral Muka Hitam. Orang Cina mengenalinya sebagai Hak Min Cheong Khuan.”– Amanda Tan
Daun ini sangat sangat bagus dan sangat berkhasiat untuk kesihatan.
Berikut adalah resipi penyediaan daun teh pecah beling ala gaya orang cina ya. Kami amalkan rebusan dibawah apabila cuaca panas, demam, batuk ataupun batuk berkahak.
Resipinya:
20 ke 30helai Daun Pecah Beling yang dikeringkan
1x pek gula sarang lebah
2x biji Luo Han Guo
4 litre air.
Cara penyediaan :
1. Mula mula masukkan Luo Han Guo Daun dan Pecah Beling.
2. Rebus agak agak air bertukar warna kehitaman dan baru masukkan gula sarang lebah.
3. Biar mendidih sampai cair gulanya dan boleh tutup api.
Ekstra info : Air ini sangat bagus diminum suam suam jika anda ada batuk , kahak atau demam.
Boleh juga dibuat sebagai minuman santapan harian untuk melegakan kepanasan badan akibat cuaca atau makanan.
Daun Pecah Beling bersifat sejuk. Jadi minumlah sekadar seminggu 1 atau 2 kali untuk penjagaan badan.
Sumber : Amanda Tan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...