Apa nak dimasak untuk menu makan malam ye. Asyik nasi je bosan juga kan. jom tukar sikit menu malam ni. Kita cuba buat Bihun Soto pula. yResipi ini sangat mudah, sedap dan pasti membuka selera makan suami dan anak-anak
Ini dia tip mudah untuk sediakan Bihun Soto Ini untuk Ibu-ibu. Yang penting adalah rasa kuahnya itu. Kalau kuahnya sedap maka bihun soto anda sememangnya akan sedap.
Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta. Jom ibu-ibu cuba nanti.
Sapa suka makan BIHOON SOTO ?, koleksi masakkan sya sja share sini…Time hujan mkn soto mmg best….kuah pekat nikmat x terkata…
Resipi Bihun Soto
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Serbuk ketumbar, serbuk sup
Cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga Garam dan sedikit gula
1 ketul kiub ayam.
Serbuk ketumbar & serbuk perencah sup lebih ya bergantung byk mana kuah yg nk di buat, agak agak kepekatan kuah..
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai – ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai, lada putih, garam dan sedikit gula..
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Begedil Ayam
Bihoon – celur
Kacang tanah – goreng