Rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Katanya digunakan untuk buat jual sebelum ini.
Saya share lagi resepi ayam percik yang saya buat jual ni..moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua 😘😘..
Tumis bahan² tanpa minyak,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setengah masak..kemudian letak ayam di atas stand renjis olive oil,minyak masak pun boleh.
Ads
Saya gunakan Airfryer (af) . Bakar pada suhu af 200-15minit (bergantung af masing² tak cukup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..
Untuk kuah..
1. Cili kering,bawang putih (dblend)
2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung.
Ads
Panaskan kuali@periuk,masukkan cili,masukkan sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili,gula,air gula merah,& tepung jagung.
kacau sehingga kuah jadi pekat, pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.
Bukan mustahil andai barangan hiasan rumah yang terlihat cantik dan mewah, boleh dibeli atau dimiliki dengan harga yang murah.
Umpamanya lihat sahaja hiasan dinding yang dihasilkan oleh Che Rahimah Hashim ini.
Nampak cukup bergaya namun siapa sangka ia hasilkan sendiri dengan hanya bermodalkan RM 20 sahaja.
Bahkan jangan terkejut, bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati dan tanpa perlu kepakaran yang khusus sesiapa pun boleh hasilkannya.
Nak tahu langkah-langkahnya, jom ikuti perkongsian tersebut.
Hai Assalamualaikum
Nak share deco cermin lidi satay.
Semua barang tu beli kat kedai eco dengan mr.diy.. kos tak sampai rm20 dah dapat 3 cermin lidi satay. Nak deco tak semesti mahal-mahal.
Bahan-bahan : Cermin, lidi satay, kotak, spray dan glue gun.
Cara membuatnya :
1. Potong kotak besar sedikit daripada ukuran cermin dan gamkan lidi disekelilingnya.
2. Apabila siap sepenuhnya, spray lidi satay dengan pilihan warna emas. Keringkan.
3. Tampal cermin di tengah-tengah dengan cermat.
4. Siap digantung.
Sumber: Che Rahimah Hashim via Kelab Deco Bajet Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi kuih kaswi seperti ini cukup mudah disediakan! Selain untuk hidangan seisi keluarga, boleh menjadi hidangan bagi majlis potluck bersama keluarga dan rakan-rakan. Perkongsian puan Sabariah Bahasar boleh dicuba. Cara penyediaannya pun mudah hanya mengunakan sukatan cawan. Jom semak bahan-bahan dan cara membuatnya.
KASWI GOYANG
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air
1 suduteh air kapur
3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis(warna lagi cantik)
Daun pandan
Masakkan daun pandan , gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan
Masuk kan tepung dan kicap tadi bersama sedikit air kapur…guna whisk or blend pon bole
Tapis kan ke dlm loyang yg di sapu minyak
Kukus dlm 15 minit utk acuan kecil dan 40 minit dlm loyang
Dah sejuk gaul kan bersama kelapa putih bergaram yg sudah dikukus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami yang panas baran sememangnya menakutkan bagi semua isteri. Pantang buat salah, atau ada sahaja hal yang tidak kena, isteri dimarahi tanpa usul periksa.
Bukan hal dimarahi sahaja menjadi ketakutan, apa yang perlu dirisaukan seorang isteri adalah risiko kepada pelbagai jenis penyakit bahaya lain yang datang daripada masalah panas baran.
Jadi bila suami marah, isteri kenalah belajar untuk cool kan suami. Minta suami bertenang supaya tidak berisiko kepada penyakit lain.
Marah Boleh Jejas Paru-Paru
Selain merokok yang menyebab kanser paru-paru, lelaki yang panas baran juga mudah terdedah kepada masalah kerosakan paru-paru. Kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti Harvard mendapati masalah panas baran dan mudah marah ini boleh menjejaskan daya ketahanan badan dan merangsang proses keradangan sel.
Bahkan, panas baran juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan lain termasuklah serangan jantung dan asma serta perubahan emosi mendadak yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
Ini secara tidak langsung menjejaskan fungsi paru-paru. Profesor Madya Rosalind Wright, berkata tekanan psikologi boleh merangsang beberapa gangguan proses biologi badan kerana ketika marah sistem dalam badan menjadi tidak seimbang dan kesannya lebih ketara di kalangan lelaki berusia.
Redakan Marah Suami
Erm..isteri kenalah belajar untuk stabilkan keadaan suami. Jangan mudah marah-marah. Ni tip paling sesuai nak coolkan sang suami kita.
1. Kalau suami marah, biarkan dia redakan dirinya seketika. Biar enjin cool baru datang dekat.
2. Sentuhan lembut sangat meredakan suami. Sentuhlah lembut belakang badannya dan urut-urut sambil minta suami bertenang. Insyaallah membantu.
3. Amalkan beberapa surah penenang hati buat suami. Kalau suami sedang marah, tak perlu minta dia bacakan tetapi isteri bacakan dan doakan suami tenang. Sangat membantu.
4. Kalau bertelagah suami isteri, jangan sesekali menambahkan lagi kemarahan suami. Berbincang dengan cara paling halus adalah jalan terbaik untuk meredakan marah.
5. Orang kata panas baran berpunca daripada pemakanan. Amalkan makanan yang sihat dan kurangkan daging merah pada suami. Pilih ikan dan daging lain seperti ayam yang lebih baik untuk kesihatan.
6. Menurut kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, pemakaian warna merah dan kuning jika tidak sesuai untuk anak yang meragam dan kuat memberontak. Boleh aplikasikan benda yang sama pada suami. Elakkan warna-warna ini di dalam rumah kita.
7. Sentiasa kongsikan ayat-ayat dan zikir penenang hati untuk suami. Minta suami amalkan dan isteri turut serta amalkan untuk kerukunan rumah tangga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...