Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Tomyam Padu & Sedap, Rupanya Kena Letak Ketumbar Jawa. Confirm Terangkat Selera!

Share

Tomyam antara menu kegemaran ramai. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Bukan hanya anak-anak kita, malah orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.

Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.

Jom cuba petua yang dikongsikan oleh puan Faidah Ahmad ini. Rupa-rupanya letak daun Ketumbar Jawa.

Ramai yang tanya,boleh ke masukkan ketumbar jawa dalam tomyam?

Mestilah boleh bertambah² sedap tomyam.

Cara nya macamana?

Boleh hiris halus² dan tabur,boleh juga kerat panjang².

Dan jangan lupa masukkan akar nya sekali. Cuci bersih² dulu baru masukkan.

Cara kakteh pula,kakteh suka masukkan banyak²,kerat panjang² buat sayur terus..(macam dalam pic)

Jangan risau daun ketumbar jawa tak lembik,jadi dia tak akan hancur macam sayur sawi atau bayam jika lama masaknya.Sekarang ni kalau masak tomyam,wajib letak ketumbar jawa..terangkat selera. Mana yang selalu masak tomyam asyik ada rasa kurang tu cuba lah letak ketumbar jawa.kompem makin sedap😍

Perkongsian wanita ini turut mendapat respond ramai. Rupa-rupanya ramai yang gemar menggunakan daun ini bukan sahaja dalam tomyam, bahkan masakan lain juga.

Campur dalam Tom Yam siam sedap kaw kaw. Boleh jer masuk dalam stim ikan…. telur dadar dan macam2 lagi

hmm rasa nya lebih kurang ketumbar biasa .ada kawan india bagi tahu buat sambal belacan campur daun ni pun sedap.tapi mak cik selalu buat air asam suka campur daun ni.

Teh..kite skrg masak asam tempoyak pon letak daun ketumbar ni. Ganti dgn kesum sbb aroma die setanding daun kesum..wangiiii. Mule tanam satu pokok je..skrg dah JD mcm rumput. X smpt nk petik makan..byk dah cabut2 buang sikit.

Memang sedap ni, haritu buat buh dalam bergedil. Pokok pun senang hidup.

Betuiii…selain tomyam@sup memang kena rasa dia…Acik suka tambah dlm teloq dadar..maggi pun sedap..kwn Acik masak nasi tomato tambah ketumbaq ni jugak wangi kata dia…kat rumah tak sempat nk besaq…Acik dah kutip.

Memang sedap…isi dlm sos cicoh aym/daging bakar pon sedap

Sama lah nnek. Wajib letak byk2 bila masak Tomyam sweetsour 3 rasa udang sambal dll.

Ank buah bt rebung tumis belacan.. Mmg letak daun ketumbar jawa..kt srwk pgl daun tepus..mmg sdap ltk dlm sup,tomyum,kerabu pon blh

Kalau x de daun ni, tak cukup rasa tom yam. Memang sedap masuk kan daun ni ,Dlm sup pun saya letak juge.
Saya mesti letak daun ketumba jawa dlm tomyam. Sedap belajar dr org Thai masa gi Thailand