
Baru nak buat Kari Ikan, baru perasan kelapa parut yang dibeli semalam sudah basi kerana terlupa simpan dalam peti. Mesti kecewakan, sebab kelapa parut tidak tahan lama terdedah pada suhu bilik.
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk menyimpan kelapa parut supaya tahan lama.
Jom baca petua yang dikongsikan oleh Niza Hamid
PETUA SIMPAN KELAPA PARUT TAHAN BERBULAN
Yang suka buat kuih berasaskan kelapa parut mesti kene simpan banyak stoc kan? Nak buat inti la, nak campur dalam adunan kuih, nak perah jadi santan, kene la simpan stoc bebanyak.
Kene cuba cara ni nak simpan biar tahan lama tak masam.
BAHAN
======
Kelapa parut
Sedikit garam
CARANYA
========
Letakkan kelapa parut dalam loyang.
Taburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai anti pereputan, buat tahan lama.
Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik anggaran sekali masak. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
Bila nak guna, keluarkan berapa banyak nak guna dan kukus semula.
Cara ni kelapa parut boleh tahan 2-3 bulan.
Tips tambahan:
Kalau nak buat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Boleh ulang kisar hingga 3 kali.
#Share petua ni biar yang lain pun tahu.
Nota gambar:
Leka mengukus sambil update status, hangit suda. Huhuhu. Jangan folow yang ni. Folo cara simpan je ok?
Niza Hamid
Kongsi petua mudah
Ubah Rutin Pagi Dari Secawan Kopi Dengan Lemon Suam. Cara Mudah Buang Toksin Dalam Badan & Nak Kurus. Cuba Resipi Ini, Pasti Anda Tertarik

Bangun pagi celik mata yang dicari pastinya secawan kopi atau teh panas. Itu sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan kerja di pejabat. Rasa tak lengkap bila tidak ‘pekena’ secawan air yang likat, pekat dan manis ini.
Tapi, benda sedap ni ada bahayanya, lagi lagi kalau hari-hari diamalkan. Boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebagai wanita dan ibu kepada anak-anak, bila usia makin meningkat kenalah ada kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat.
Semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi kenalah amalkan makanan yang sihat demi untuk keluarga, terutama anak-anak.
Apa kata ubah gaya hidup anda daripada secawan teh tarik misalnya dengan secawan lemon panas setiap pagi. Bunyi macam mudah tapi nak tukar rutin itu agak susah. Lagi lagi dengan minuman ini.
Usah risau, apa kata ibu-ibu cuba dahulu tiga resipi ini. Mana tahu sesuai sekaligus buat anda tertarik. Lama-lama nanti jadi rutin pasti anda sukakannya. Kesihatan pun lebih terjamin kan. Jom cuba!
#LEMON HALIA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
Sedikit halia
Chia Seed
1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.
2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.
3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.
4. Sedia diminum.
#LEMON MADU
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu
1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.
2. Letakkan madu dan sedia diminum.
#LEMON PUDINA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun
1. Satukan semua bahan bersama air panas.
2. Kacau sebati dan biarkan seketika.
3. Sedia diminum.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Walaupun lemon jenis berasid, namun menakjubkan lemon merupakan sumber alkali yang boleh menyeimbangkan PH dalam badan. Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
Buat Sambal Belacan Je Pun,Tapi Bila Dipuji Suami Lagi Bertambah Sedap Rasanya.Suami Ni Kongsi Pengalamannya!

Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.
Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.
Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.
Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.
“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.
Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.
Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.
Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.
*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.
Sumber : Khalid Pattali
Pikat Selera Keluarga Dengan Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers & Sos Lada Hitam Istimewa. Wow, enaknya!

Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera. Enaknya bila dimakan dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas.
Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Hari minggu begini memang masa yang sesuai untuk mencuba.
Bahan untuk perapan :
1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega
Cara membuat:
Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
Bahan untuk sos lada hitam :
1 1/2 cawan stok ayam @ daging
1/2 cawan susu segar
4 – 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang saleri – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
1/2 tin cendawan butang – dihiris
2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
garam dan gula – jika perlu
Cara membuat:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri sehingga mendidih.
Kemudian tapis dan buang bawang serta saleri, Kemudian didihkan semula.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.
Selamat Mencuba!