Wanita Ni Kongsi Petua Ibu Mentua Masak Asam Pedas Lebih Power. Rahsianya Kena Letak Bahan Ni!

Share

Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Resipi asam pedas ini dikongsikan oleh Makcik Miera
Asam pedas resepi mak mentua laki makcik…
Jangan derhaka pada resepi ya…ikut je kalau nak rasa cara makcik masak…

Cara Membuat:


1. Panaskan minyak, masukkan halba 1 sudu besar dan serai titik dlm 2btg camtu laa…jgn lama2 takut hangus pahit laa asam pedas kau..1Jgn terkejut ya,ada yg x letak halba ni…sebenarnya halba ni letak ckit je pon utk wangi masakan kita ni…x Caya try laa cara makcik ni…Memg mbangkit rasa dah bau dia.

2. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Lada kering, bawang merah, bawang besar (taknak pun tak apa), lada burung (kalau nak pedas). Sedikit belacan, sedikit halia, kunyit hidup (penting). Kisar sampai halus baru asam pedas nampak lembut je. Kemudian tumis sampai masak dan pecah minyak dengan cantik.

3. Haa ni tambahan rahsia kesedapan dia. Jarang orang letak bahan ni. Jangan banyak. 1 sudu besar rempah kari ikan cukup. Barulah asam pedas kita kaw. Jarang orang letak benda alah ni .

4. Masukkan asam keping, Jangan banyak, sebab nak masukkan asam jawa lagi. Letak satu keping sahaja. Lepas dah masuk semua. Step pertama, kacau biar sebati pecah minyak.

5. Dah cantik pecah minyak bolehlah masukkan air asam jawa. Ikut citarasa tahap masam yang diinginkan.

6. Kemudian masukkan air, jangan banyak nanti cair asam pedas kita. Asam pedas kalau cair tak rasa nikmat.

7. Bila dah mendidih. Masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa.

8. Bila dah mendidih, rasa dah cukup. Masukkan dulu separuh bunga kantan & daun kesom. Untuk sebati kan rasa dia dalam kuah tu.

9. Haaa ni la dia kepala ikan merah. Masukkan dalam kuah yang dah siap cukup semua rasa.

10. Pastikan ikan tu basuh dan rendam dengan air asam jawa. Baru laa isi dia tak hancur. Pejal dan cantik.  Kita tutup jap. Perlahankan api.

11. Yeay dah hampir-hampir siap dah ni. Bau pon semerbak je satu rumah. Masukkan bahan tambahan ini. Tomato, baby corn, bendi, daun kesom, bunga kantan.

12. Nampak tak kejadian dia. Meriah kan.  Bagi dia mendidih perlahan. Jangan lama-lama nanti layu sayur tu tak sedap pulak

Okey dah masak sempurna. Minyak pon dah cantik. Tu tanda masakan kita dah betul-betul masak.  Boleh masak nasi dan makan.

Tak nak pening beli barang, boleh beli di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub