Nak cantikkan kulit wajah tidak semestinya guna produk yang mahal. Dengan bantuan bahan-bahan alami yang ada di dapur juga boleh bantu mendapatkan kulit yang lebih sihat dan flawless.

Perkongsian dari Riana Samad menarik untuk anda cuba kerana bahan yang digunakan adalah campuran kunyit, asam jawa dan juga timun.

Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun.

Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia. Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.

Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu. Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!

Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.

Ads
Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat. Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa. Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan.

Macam masker pakai 3bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat. Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit.

Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.

Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!
Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tu
Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!
Sebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit. Sebab tulah nape dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah tu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya. Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadik tegang awet muda sokmo gitu. Ehh nak helokkan jerawat pun boleh tau. Best kan?
Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!
Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati. Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang soooo tajam tu.
Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!
Masker ni pakai 3kali seminggu dah ok dah. Tapi Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepastu baru minimakan 3x seminggu. Sebelum pakai tu muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan. Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus. Nak bilas karang pakai pencuci jenis lembut moist tak keras. Sebab apa tau, takut dia hilang kan nutrien yang ditinggalkan masker tadi.

Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.

#maskerhomemade

Ads

Wanita Ni Kongsi Petua Cantik Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Patutlah Kulit Flawless & Cerah Berseri!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI