Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.

Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini  yang menjaga orang tuanya yang uzur.

Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan  orang tuanya dengan baik sekali.

Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan  menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.

Talam Lauk Ayahbonda

Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?

Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.

Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong.  Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.

Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?

Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.

Saya terpinga2..

Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.

Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?

Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.

Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?

IKLAN

Jawab ayahanda..
Mana ada kari sotong???
Bapa tak nampak pun…..

Allahhu..
Hati saya meraung….

Wanita Ni Kongsi Kisah Di Sebalik Talam Lauk Ayahbonda. Deep Perkongsiannya!

Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.

Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.

Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.

Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.

Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.

IKLAN

Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.

Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.

Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.

Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:

Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?

Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.

Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!

Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….

IKLAN

Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…

Konklusinya:

Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.

Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.

Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.

Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.

Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.

Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.

Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..

Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.

Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.

Kesimpulannya

kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.

Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.

Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.

sumber : Busseroa Abd Jalil 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI