Wanita Ni Kongsi Kaedah Jepun Uruskan Banjir, Hasilnya Dapat Kurangkan 90% Kerosakan. “Caranya Kaji, Kaji & Kaji.”

Share

Perkongsian Zunita Ramli mengenai cara Jepun menguruskan banjir sangat menarik untuk dikongsikan. Rupanya mereka menggunakan fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.

Jepun ni sebenarnya negara agak yang tak stabil dari segi bencana alam. Terletak di atas pertembungan 4 plate tektonik bumi yang kerap bergerak dan dalam Lingkaran Api Pasifik, jadi tak hairanlah kalau letusan gunung berapi, tsunami, taufan, banjir, gempa bumi, semua boleh berlaku di Jepun.

Tokyo contohnya, adalah bandar yang sangat berisiko untuk banjir besar sebab di Tokyo saja ada lebih 100 sungai. Banyangkan kalau taufan dengan hujan lebat datang.. Memang senang-senang Tokyo boleh tenggelam terus dalam banjir bila air sungai melimpah.

Banyak tiang besar dalam MAOUDC sebab untuk tahan tekanan air. 📸 Saitama Just North of Tokyo

Benda ni pernah terjadi sebenarnya.

Tahun 1947 Taufan Kathleen yang melanda Tokyo memusnahkan 31,000 rumah dan mengorbankan 1,100 nyawa. Sedekad lepas tu, Taufan Kanogawa pula datang dengan bawa hujan yang sangat lebat, menyebabkan banyak kerosakan dan bisnes terjejas.

Tapi Jepun ni pandai.

Mereka tak berserah je.

Mereka mengkaji.

Apa yang sebabkan kerosakan? Banjir.

Jadi mereka bina satu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.

Boleh nampak beza tinggi orang dengan tiang tu. 📸 Japan Visitor

Mereka berjaya buat Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) iaitu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir yang paling besar di dunia. Benda ni sangat besar dan hebat sebab menguji kecanggihan teknologi yang ada sampai dapat liputan seluruh dunia. Punyalah bersedia Jepun dengan banjir ni.

MAOUDC ni terletak di antara Showa di Tokyo dan Kasukabe di Saitama. Ia berada di kedudukan 22m bawah tanah dan dilengkapi dengan 6.3km terowong untuk lindungi Tokyo dari banjir.

Boleh nampak beza tinggi orang dengan tiang tu. 📸 Yahoo News Singapore

Caranya, bila air sungai melimpah, ia akan disalurkan masuk ke salah satu dari 5 terowong selinder dalam MAOUDC yang tinggi dia lebih kurang 70m. Setiap terowong selinder ni memang sangat besar — sangat besar yang boleh muat sebuah roket (space shuttle) atau Statue of Liberty. Haa punya la besar.

Lepas hujan dah reda, air dari tangki ni akan dipam keluar ke Tokyo Bay, dengan pam berkuasa 13,000 horsepower. Bayangkan kalau ada kolam renang saiz 25m. Maksudnya, dengan kuasa horsepower 13,000 tu, kolam tu boleh dikosongkan dalam masa 2-3 saat je! Jadi tank besar ni memang dapat dikosongkan dengan sangat pantas dan efisyen lah.

Mekanisma operasi MAOUDC 📸 Web Japan

Dengan cara macamni, Tokyo dapat kurangkan kerosakan akibat banjir hampir 90%. Sehingga September tahun lepas, fasiliti ni dah digunakan 7 kali dan Jepun berjaya jimat lebih kurang RM5.8 bilion kos pembersihan jika berlaku kerosakan akibat banjir. Banyak tu jimat.

📸 Japan Times

Jepun berjaya buktikan walaupun mereka tak mempunyai kelebihan dari segi kestabilan geografi, tapi dengan kepakaran ilmu dan teknologi, mereka masih boleh jadi salah satu negara maju di dunia — dengan cara kaji, kaji dan kaji.

#CatatanZunitaDiJepun

ps: Mungkin ada yang tak baca lagi, jadi saya share semula.