Bagi yang kreatif dan berbakat dalam menghias, pasti ini memberi kelebihan dalam menata rias kediaman untuk membuatkan ahli keluarga selesa dan gembira.
Ruang dalam kediaman dimanfaatkan sebaiknya, seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Ilyana Isa yang berkongsi idea bagaimana menukar wajah porch atau anjung rumahnya kepada satu mini cafe untuk seisi keluarga berehat sambil meluangkan masa bersama.
Hi.. Assalamualaikum.
Saya suka join group ni walaupun tak pandai bertukang langsung 😅 Tukang buat kek bolehlah. Tukang2 main dengan paku, dengan kayu, fail teruk. Tapi sukalah baca posting & komen2 semua menghiburkan.
Gelak sorang-sorang baca kadang tu 😂 Tukang troll ramai, tapi yang best takde yang sentap2 pun. Banyak gak dapat ilmu, tapi semua saya pass kat boss sebab dia minat gak bertukang.
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat ‘mini cafe’ atau berandah di porch kami. Berangan nak ada berandah tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat 😅 Buat kat porch pun jadilah..
Ads
Simple2 je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ 😁
Menambah koleksi resipi biskut untuk persiapan di hari raya ini,ada baiknya sediakan resipi yang menjadi kegemaran keluarga. Antaranya resipi Cornflake Crunchy bersama choclate chips yang enak ini. Ranggup dan bercoklat, pasti rasanya tidak mengecewakan.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba
Bila tubuh badan sihat barulah selesa dan mudah untuk kita mengerjakan ibadah. Apatah lagi di bulan Ramadan yang merupakan bulan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan.
Pasti kita dan ahli keluarga tidak mahu terlepas anugerah istimewa ini daripada Allah untuk dapat melakukan lebih banyak ketaatan.
Oleh itu, memastikan tubuh badan kekal sihat adalah penting. Jadi ada baiknya kita dengar perkongsian daripada doktor ini.
5 PERKARA PENTING KENA JAGA SUPAYA SIHAT DI BULAN RAMADAN INI
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ni. Sokmo setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawikh jamaah sebab sakit.
Waktu awal puasa ni terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak adapt lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
1) PEMAKANAN
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah.
Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya.
Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita. Memang sedap moreh dengan mekdi..tapi cedera usus dan sel hati nak proses tu hehe.
2) STRES DAN SENAMAN
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres.
Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa ni.
Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
3) AKTIVITI DAN PERGERAKAN
Tak molek kita tidur lepas dah bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita.
Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
4) TIDUR
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu.
Cukuplah tarawikh sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
5) HUBUNGAN SESAMA INSAN
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan.
Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa.
Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas..kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat..
Semoga kita mendapat keredhaanNya di bulan Ramadhan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna . Selamat berpuasa dan beribadah dari saya Hafiz Sulaiman,Pejuang Kesihatan.
Kalau sudah namanya mak-mak yang suka memasak, mesti teruja dengan pelbagai set pinggan mangkuk dan akan dipastikan akan menjadi koleksi peribadi.
Umpamanya pinggan mangkuk berjenama vintage corningware dan bercerita tentangnya, baru-baru ini viral harganya mampu mencecah belasan ribu ringgit.
Betulkan nilainya begitu tinggi jika set koleksi lama vintage corningware jika dijual kembali? Semua ini membuatkan ramai teruja dan ingin juga menjual koleksi yang ada dalam simpanan. Maklumlah boleh jadi kaya dengan sekelip mata.
Namun ulasan daripada saudara Hafizi Zain ini, rupa-rupanya siapa sangka hada agenda tersendiri daripada pihak eBay Seller.
Nak tahu lebih lanjut, ini perkongsiannya.
VINTAGE CORNINGWARE – BENARKAH HARGANYA MENCECAH SEHINGGA USD10,000?
Mari baca ulasan saya.
Ketika kisah vintage corningware viral dijual sehingga USD6,000 tempohari, ramai orang kelam kabut bukak almari dapur dan contact mak & nenek masing-masing kat kampung tanya ada lagi ke tak set mangkuk corningware ni. Semua pun dah tersenyum sorang-sorang sebab bakal jadi kaya sekelip mata.. betul dak?
Ya.. memang betul! Saya pun tak terkecuali. hahaa..
APA YANG SAYA DAPAT TAHU TENTANG SET MANGKUK INI:
1. Harga asalnya hanya dijual pada harga RM400-RM600 sahaja untuk 1 set.
2. Kalau ianya betul-betul original, ianya dibuat dari US dan yang betul-betul vintage ada no.siri di bahagian bawah pemegang dia.. (haaa..cuba cek tengok..)
3. Ianya boleh digunakan untuk masak terus atas dapur gas dan boleh dihidangkan terus atas meja tanpa perlu tukar ke bekas yang lain pula.
4. Pernah jadi TREND satu ketika dahulu.. Golongan mak-mak ni siap buat kutu beramai-ramai lagi semata-mata nak beli set mangkuk ni..
5. Kalau tanya mak or nenek kita, konpomm dia x bagi jual set mangkuk ni.. Letak la harga brapa-brapa pun. Sayang kott.. hehehe..
6. Kelebihan paling best pada set mangkuk ni adalah.. walaupun dah berusia berpuluh-puluh tahun, ianya masih kelihatan macam baruu… Betul tak? kannn…
Setelah saya buat kajian di online dan merujuk kepada pakar barang antik, ini KESIMPULAN yang saya dapat buat:
Sebenarnya eBay seller tersebut cuba memanipulasikan harga tersebut sahaja.
Sebab… kalau betul-betul ‘rare’ dan ramai orang nak, mestilah ramai orang ‘offer’ or ‘bid’. Tapi takde pun. Tiba-tiba je ada SOLD.
Pakar barang antik yang bernama Adam Zimmerman berkata, walau rare macamana pun, harga utk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.
Sangat mustahil ada orang sanggup bayar sehingga USD6,000 untuk barangan macam ni sekalipun ianya sudah berusia lebih 30 tahun.
Saya sendiri pun lihat, tiba-tiba ramai je orang Malaysia dah mula listing kat Ebay dan Lazada dengan harga RM1,000 ke atas.. Belum jumpa lagi yang betul-betul sold secara ‘real’. Yang dummy banyak.
Jadi? Ber huhu la kita semua yang ada simpan set mangkuk ni.. Boleh simpan dalam almari semula yaa… hihihi..
p/s: Apa-apa pun, ini adalah sekadar pendapat personal dari saya berdasarkan kajian saya sendiri.. Kalau ada yang betul-betul terjual tu, memang rezeki la yerr..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.