Ruang dapur antara lokasi yang cukup disukai kaum ibu. Selain tempat untuk memasak, ruang ini menempatkan barangan kegemaran terutama sekali koleksi memasak.
Tapi kalau banyak sangat barang, ruang dapur nampak semak dan tidak tersusun. Lagi-lagi kalau ada ramai anak dan banyak makanan ringan tersimpan sebagai bekalan.
Sebab tu, admin nak kongsikan cara DIY pantry yang simple tapi praktikal. Sedap pula mata memandang dan mudah untuk mencapai barang yang diingini.
Jom cuba perkongsian dari Suraya Saian ini, sesuai untuk ruang dapur yang sempit tapi boleh nampak tersusun. Sekali pandang macam dekat pasaraya pun ada kan dengan pelbagai barangan.
DIY makeover bilik iron baju ke walk in pantry. Start dari PKP Phase 1 sampai PKP Phase 3. Roughly dalam sebulan lebih jugak sebab nak tunggu barang sampai dari Shopee & Lazada.
Basically kebanyakkan barang2 order online je sebab kitorg memang x keluar. Gambar2 ni before & after makeover. Rack & Flooring installed by Tco Fadz and Decor by me
Selamat mencuba!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Lahirkan Seorang Anak Sudah Cukup Sukar, Inikan Pula Sembilan…”- Ibu Ni Kongsi Pengalaman
Dianugerahkan anak sebagai zuriat penyambung warisan tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan dan membahagiakan.
Lebih-lebih berganda perasaannya bila dikurniakan bukan seorang cahaya mata malah kembar sembilan sekali gus! Rasa bahagia dan syukur yang sukar untuk digambarkan.
Pun begitu tidak dinafikan bukan mudah malah semuanya berganda perlu diuruskan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,” kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Memetik berita di Sinar Plus, difahamkan setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang ke Mali.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean.
Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Sumber : Sinar Plus
Suami Meninggal, Isteri Tak Perlu Tanggung Beban Sambung Bayar Loan Kereta. Begini Salesman Jelaskan Caranya!
Boleh dikatakan ramai antara kita bila ingin membeli kereta tentu sahaja akan membuat permohonan pinjaman di bank, kaedah itu lebih memudahkan daripada membeli secara tunai.
Maklumlah bukan sedikit jumlah perlu disediakan, jadi lebih baik membuat pinjaman bank dan setiap bulan dibayar secara ansuran untuk tempoh masa hingga 5 atau 7 tahun. Ini kebiasaannya yang dipraktikkan oleh pembeli kereta.
Pun begitu, kita juga faham dalam tempoh yang panjang, macam-macam boleh terjadi. Ajal datang sekelip mata, tiada siapa dapat menduga.
Jadi pernah tak anda terfikir apa akan jadi sekiranya loan kereta atas nama suami, namun tiba-tiba suami meninggal dunia. Adakah isteri perlu menanggung baki hutang kereta tersebut? Jika tidak mampu membayarnya bagaimana?
Seorang salesman menerusi perkongsian di aplikasi TikTok @azril_zainal ada berkongsi infonya dan bolehlah dijadikan panduan untuk semua.
Menerusi perkongsian video tersebut, dijelaskan sekiranya isteri ingin menggunakan kereta tersebut dia perlu terus membayar baki hutang kerata itu. Jika isteri gagal berbuat demikian, pihak bank akan menarik balik kereta tersebut.
Namun situasi ini tidak akan membebankan isteri sekiranya si suami ada mengambil satu insurans yang berkaitan dengan HP Life ataupun Autolife semasa tanda tangan perjanjian untuk membeli kereta.
Bila proses itu dibuat, si isteri layak untuk mengambil kereta tersebut tanpa perlu membayar apa-apa kerana pihak insurans sudah membayar baki hutang kereta tersebut. Kiranya suami meninggal tanpa meningalkan hutan kepada isterinya.
@azril_zainalReply to @mike_gabriel88 kesimpulannya ambil laa Insuran AutoLife/HP Life tu 👌♬ original sound – Azril Zainal Khiri
Perkongsian video ini mendapat tontonan hingga 1.1M tidak dengan itu ramai juga yang mengajukan soalan untuk penerangan lanjut berkenaan insurans yang dimaksudkan.
Lalu pemilik akaun ini turut berkongsi satu lagi video bagi menjawab persoalan berkaitan sekiranya sebelum ini tidak mengambil insuran Autolife atau HP Life tapi baru ingin berbuat demikian.
@azril_zainalAnswer to @father_one_son ##Proton@protonloftymotors4s♬ original sound – Azril Zainal Khiri
Menurutnya insurans tersebut masih boleh diambil walaupun sudah menggunakan kereta tersebut beberapa tahun. Caranya cukup mudah, peminjam perlu pergi ke bank dan maklumkan kepada pihak bank untuk buat kiraan semula untuk mengambil insurans tersebut.
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@azril_zainal?lang=en” style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]@azril_zainal[/su_button]
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hargai Insan Bernama Suami. Mereka Pelengkap Hidup Wanita. Siapa Pun Mereka Terima Seadanya, Ini Lubuk Pahala Kita Setiap Masa
Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.
Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.
Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..