
Tak perlu perabot mewah untuk menampakkan ruang dalam kediaman cantik. Yang penting sedap mata memandang. Walaupun dekorasi cukup simple namun menarik mata memandang.
Ditambah pula dengan gabungan konsep moden dan klasik menambahkan keserian pada ruang kediaman ini.
Barangan menarik DI SINI
Barangan Murah DI SINI
Belian barangan online DI SINI
Jom kita cuci mata dengan dekorasi kediaman Zaza Zalina menerusi page Deco Rumah Ku Syurga Ku
Cuaca di luar agak panas hari ini. Bawa masuk pkok2 berdaun hijau utk hias dapur saya. Kemas2 dapur sambil cuci mata lihat kesegaran pokok2 yg comel ni..
Dari dapur tambahan ditepi rumah saya. Brg moden ada, antik dn klasik pun ada.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bekukan Minyak Masak Sebelum Dibuang Ke Tong Sampah! Memang Terbaik Cara Ni!

Penggunaan minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap. Itu kita semua sudah maklum. Pun begitu jika minyak masak digunakan berulang kali bukan sahaja menjadikan masakan yang dimasak berwarna hitam dan mempunyai rasa yang tidak enak, malah ianya juga boleh membahayakan kesihatan.
Lalu kebiasaannya, ada yang menggunakan sekali atau paling tidak dua kali minyak masak sebelum minyak masak tersebut dibuang. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik mengurus minyak masak tersebut?
Andai dibuang ke dalam sinki, pasti akhirnya mendatangkan masalah seperti tersumbat dan akhirnya memerlukan belanja yang besar untuk memperbaikinya.
Sebenarnya, tahukah anda ada satu bahan yang boleh dibeli dipasaran yang bertindak membekukan minyak masak tersebut untuk memudahkan anda menggendalikan minyak masak yang telah digunakan itu.
Nak tahu caranya bagaimana? Jom semak perkongsian daripada puan Noor Hafiza Mohamad ini.
Ini salah satu cara buang minyak masak yang dah jadi hitam legam.
Jom bekukan minyak masak sebelum buang ke tong sampah. Buang minyak ke sinki boleh menyebabkan sinki tersumbat. Stress jadinya bila sinki tersumbat. Tak pasal-pasal kena upah tukang paip baiki sinki tersumbat.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Selain cara ini ada juga antara ibu-ibu lebih selesa dengan memasukkan lebihan minyak tersebut ke dalam botol sebelum dibuang. Ini sebagaimana yang dikongsi di ruangan komen posting di akaun fb Noor Hafiza ini.
sumber : Noor Hafiza Mohamad
Alamak, Rumah Bau Kepam! Campur 3 Bahan Ni Dengan Air Panas, Bukan Je Bersih Tapi Wangi Berpanjangan

Siapa yang tak impikan keadaan rumah yang sentiasa bersih dan wangi kan? Mungkin menjadi susah untuk cantik tersusun elok jika ada anak-anak masih kecil di rumah. Tetapi setidaknya tidaklah rumah bau kepam sehingga mengganggu mood nak berehat santai di rumah, kan?
Nak wangikan rumah tak perlu nak membazir beli berbotol pewangi pun! Guna sahaja bahan apa yang ada di rumah, campur-campur settle. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap! Jom cuba!
Cara bersih dan wangikan satu rumah
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajax
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas
Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
-Lantai jadi bersih berkilat
Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.
-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam. Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.
Tip ekstra
Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsi tip yang diberikan ini menjadi dan agak tahan lama. Malah, ada juga yang turut berkongsi tip lain untuk dicuba oleh orang ramai.
Selamat mencuba.
Sumber: @kozynlit
“Sudah Penat Menangis, Jadikan Aktiviti Melukis, Berpuisi & Tulis Cerpen Terapi Diri.” Rezeki Atas Tilam Bujang, Haikal Mahu Berdikari & Miliki Pendapatan Sendiri.

Menghidap penyakit yang jarang dijumpai bagaimana pun tidak melemahkan semangat anak muda ini untuk meneruskan kehidupan. Pelukis Digital yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Mohd Nasir, disahkan menghidap penyakit genetik, ‘Duchenne Muscular Dystrophy sejak berumur 8 tahun lagi.
Haikal sebelum ini dilahirkan sebagai bayi normal dengan berat 3.1 kilogram (kg), sebelum didiagnos doktor menghidap penyakit itu sejak 13 tahun lalu.
Akibat kerap jatuh dan sukar menaiki tangga beliau dibawa ibunya, Intan Kesuma Ramli, 41, dan ayah, Mohd Nasir Ibrahim, 43, berjumpa doktor sebelum disahkan menghidap penyakit jarang dijumpai ini.
“Saya menjadikan aktiviti melukis, berpuisi dan menulis cerpen sebagai terapi diri. Saya sudah berhenti menangis kerana menghidap penyakit ini dan mahu fokus menjadi usahawan kreatif.
Menurut ibunya, Intan Kesuma, keadaan paru-paru anaknya hampir rosak mengakibatkan sukar bernafas dengan baik. Begitu pun, semangat anak sulungnya itu sangat tinggi untuk meneruskan hidup meskipun menanggung kesakitan.
“Pada usia lapan tahun dia menunjukkan gejala penyakit. Cara berjalan sudah nampak lain, terjengket-jengket, apabila berjalan kerap jatuh.
“Ketika usia mencapai 10 tahun keadaan semakin teruk dan mencecah usia 12 tahun Haikal sudah tidak boleh berjalan, sebaliknya duduk di kerusi roda,” katanya.
Walaupun sudah menggunakan mesin bantuan oksigen ketika tidur sejak berusia 16 tahun, Muhammad Haikal masih cekal mencari pendapatan sendiri berlapikkan tilam bujang selagi nyawa dikandung badan.
Berdasarkan usahanya, beliau yakin Muhammad Haikal mampu pergi jauh dalam bidang ini, sekali gus dapat merealisasi hasratnya melebarkan sayap perniagaan dengan menghasilkan produk lukisan menggunakan kraf.
Dia yang hanya duduk berlapikkan atas tilam bujang dengan posisi 45 darjah membengkok, tidak menghalang Muhammad Haikal untuk menyiapkan tempahan lebih 3,000 keping sampul duit raya.
Hasil kreativiti itu dijual semurah RM4 untuk enam keping sampul raya, selain pelanggan boleh meletakkan gambar, logo dan ucapan hari raya.
Sejak tempahan dibuka pada Februari lalu sambutan diterima amat menggalakkan terutama daripada rakan media sosial dan peminat blognya, Inspirasi Haikal Rider.
“Setiap hari saya akan memulakan tugasan melukis secara digital selepas sahur dan setiap rekaan mengambil masa seminggu untuk disiapkan, manakala rekaan sedia ada mengambil masa lebih singkat.
“Saya buat semuanya bermula mencari idea, melukis secara digital sehingga cetakan menggunakan kertas seni, melainkan tugas melipat dan membungkus sampul raya dibantu ibu dan bapa.
“Selagi masih boleh duduk dan tangan masih boleh memegang pen digital untuk melukis, saya akan terus berusaha mencari rezeki dan membantu keluarga.
“Sejak usia kecil, saya sudah minat melukis. Walaupun cita-cita dahulu mahu jadi tentera darat tidak kesampaian disebabkan masalah kesihatan. Jadi cari alternatif menceburi ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ipoh, baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama ini pernah melukis menggunakan tangan sebelum tangannya sudah tidak kuat melukis sejak beberapa tahun lalu.
Rezeki saya amat baik apabila Make-A-Wish Malaysia menunaikan impian saya memiliki peranti digital, iPad Pro bagi memudahkan melukis apabila tangan sudah semakin lemah untuk menghasilkan lukisan tangan,” katanya.
Muhammad Haikal berkata, beliau lebih gemar mencari idea dan ilham melukis motif pada waktu malam, manakala tugas mencetak dilakukan di sebelah siang.
“Sudah penat menangis dan secara perlahan-lahan saya didik hati supaya menerima dugaan Allah ini dengan bertawakal tanpa menyalahkan takdir.
“Sokongan moral ibu, ayah, keluarga dan rakan menguatkan semangat. Saya mahu buktikan OKU seperti saya boleh mencari pendapatan sendiri dan berdikari,” katanya.
Sumber: FB Haikal Rider & berita Harian