Setiap orang punya cara dan kaedah tersendiri dalam menyimpan. Ada yang suka menyimpan di bank, ada juga yang lebih memilih untuk menyimpan di rumah. Tetapi kalau menyimpan di rumah ini banyak implikasinya. Selain boleh hilang, kadang-kadang tanpa sengaja digunakan untuk membeli keperluan lain.
Gmbar hiasan
Selain itu, timbul juga masalah lain. Menerusi perkongsian Lily Noorly Mohd Noor, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak mencampurkan wang kertas dengan duit syiling kerana wang kertas tersebut akan mengalami kerosakan.
Menurutnya, wang rakannya yang bernilai hampir RM1000 itu semuanya mereput.
Ads
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
“Allahuakhbar. Sekadar perkongsian bersama terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya leboq macam tu ja. Semua duit2-duit dia mereput. Qelai. Hancoq bila nak cuba bukak lipatan.
Ads
“Kalau ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir Rm1k leboq mcm tu ja. Bawak pi bank tak tau la bank nak terima ka dak be strong sahabat.
Edit: Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih yang share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima. Dia akan bawak p bank. Mudah-mudahan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tau jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu.
Kisah wanita hebat ini pernah dikongsikan penulis sebelum ini. Bagaimana ibu tabah dan cekal ini menyara empat anak istimewanya yang disahkan autism. Terbaru, kisah ibu bernama Haslinah Abdul Hassan dikongsikan oleh skuad dari Baitulmal MAIWP.
Haslinah yang berpisah dengan bekas suaminya pada bulan Julai lalu terpaksa menguatkan semangatnya bagi membesarkan anak-anak sendirian tanpa bantuan suami. Dia tidak dapat bekerja kerana anaknya harus diberikan perhatian selain tiada jiran atau kenalan yang sanggup mengambil upah menjaga anak disebabkan sakit mereka itu.
Lebih memilukan, dia dan anak-anak diminta mengosongkan kediaman yang disewanya kerana rumah tersebut. Haslinah sebelum ini tinggal di rumah sewa yang didiaminya sejak tahun 2007 ketika awal perkahwinannya dengan bekas suami.
Namun pihak pengurusan memintanya mengosongkan unit tersebut dengan kadar segera kerana keadaan rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana kebocoran paip air dan serangan serengga anai-anai yang teruk.
Selain itu, beliau juga mempunyai tunggakan sewa sebanyak 11 bulan selepas sebahagian besar kadar sewanya itu dibantu oleh Baitulmal MAIWP.
Haslinah yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Sewa Rumah Bulanan dan Bantuan Am Persekolahan mengakui, sara hidupnya dan anak-anak itu bergantung sepenuhnya kepada bantuan zakat yang diterimanya dan juga ehsan daripada saudara yang rapat.
Dalam pada itu, dia juga mengalami kesukaran disebabkan kerap berulang alik keluar menghantar 3 orang anaknya ke sekolah pendidikan khas selain sering perlu membawa mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.
Haslinah juga turut disahkan mengalami depresi dan masih mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di HKL. Semoga ibu ini terus kuat dan tabah demi anak-anak tersayang.
Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali gambar atau video si cilik ini dimuat naik di media sosial, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Terbaru, satu video Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anak kesayangannya Siti Aafiyah Khalid telah menghiburkan ramai dengan gelagat lucu dua beranak ini.
Apa yang mengejutkan semua adalah buat pertama kalinya , anak perempuan buah hati penyanyi nombor satu negara ini menyebut nama penuh ibunya buat pertama kali ketika sesi live di Instagram.
Telatah spontan Aafiyah yang baru berusia dua tahun itu ketika membantu ibunya mempromosikan tudung membuatkan penyanyi nombor satu negara itu berubah riak muka terkejut.
Menurut Siti, itu pengalaman pertamanya mendengar Aafiyah menyebut nama pentasnya sebagai seorang penyanyi.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza.
“Aafiyah cakap cepat, heh, cepatlah…Ya Allah Aafiyah ni, satu-satu keluarkan,” katanya ketika meminta Aafiyah mengulang semula.
Ini menunjukkan perkembangan Aafiyah yang mula bijak bercakap itu kemudian turut dimuat naik di Instagram. Siti Aafiyah lahir pada 19 Mac 2018 hasil perkongsian hidup Datuk seri Siti dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
nurul_akmarHahahhaa.. Comel sangattt.. Aafiyah cakap Dato siti nurhaliza.. 😍😍😍😍😍😍😍
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...