Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.

Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti.
Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Ubi Kentang Guna Pasu Je, Confirm Jadi . Dua Bulan Dah Boleh Tuai Hasil!Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya.
Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Ubi Kentang Guna Pasu Je, Confirm Jadi . Dua Bulan Dah Boleh Tuai Hasil!1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.

Ads

2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.

Ads

3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali
Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Ubi Kentang Guna Pasu Je, Confirm Jadi . Dua Bulan Dah Boleh Tuai Hasil!Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.
Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Ubi Kentang Guna Pasu Je, Confirm Jadi . Dua Bulan Dah Boleh Tuai Hasil!

Ads
  • Apabila pokok mula meninggi, tambah lagi sedikit tanah kerana ubi kentang keluar melalui batang.
  • Daun kentang tak boleh dimakan. Ubi kentang juga harus tenggelam sepenuhnya dan tidak boleh terdedah kerana kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya, jika beli kentang yang hijau, ia tidak bagus dimakan.
  • Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, naik anak pokok barulah ditambah tanah lagi.
  • Sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.

Sumber: Rasa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI