Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Sawi. Guna Dari Yang Dibeli Di Pasar Je!

Share

Sayur sawi antara menu sayuran yang sering dimasak untuk hidangan keluarga. Sama ada ditumis ringkas sekali pun sudah cukup menyelerakan untuk dinikmati.

Menariknya tentang sawi ini, ia juga mudah hidup jika ditanam.

Ini sebagaimana apa yang dilakuka oleh wanita ini. Hanya menggunakan lebihan keratan batang sawi yang dibeli, kini di rumahnya telah tersedia dua pokok sawi yang hidup subur.

Jadi bila tanaman boleh dituai, dapatlah dimasak dan dimakan bersama seisi keluarga.

Jadi ini perkongsian cara menanam sawi. Jom semak.

Percaya atau tidak..pokok sawi ini saya tanam menggunakan batang lebihan kita buat masak tu..untuk mendapatkan benih sawi.

Ada dua pokok je, dah sebulan ditanam.

Yang ini contoh batang yang hendak ditanam..pucuknya jangan dipatahkan untuk dia terus besar dan mengeluarkan
bunga.

Rendam sebentar waktu pagi dan petangnya bolehlah terus dicucuk ke tanah. Jangan rendam lebih dari semalaman dikuatiri batang akan busuk bila ditanam nanti..rendam hanya untuk memastikan
batang tidak layu masa nak ditanam nanti.

Yang ni selepas beberapa hari dicucuk ke tanah dalam polibeg. Letak tempat teduh dulu. Siram sikit-sikit sahaja takut tak sempat besar dah busuk…bila dah besar bolehlah pindah ke tempat panas kalau nak..bolehlah siram macam biasa..

sumber : Norbaini Basir via KGTTS