Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Daun Sup Guna Biji Benih. Cukup Mudah, 2 Minggu Dah Subur Merimbun Naiknya!

Share

Daun sup antara bahan yang penting dalam masakan. Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak. Bagi ibu-ibu yang nak tanam sendiri daup sup boleh baca perkongsian dari Noor Izzati yang tanam daun sup menggunakan biji benih.

Assalammualaikum…
Ni sambungan daun sup…2 kali alih pasu 🤭🤭


Hanya nak share cara sy. .. Mana yg salah tolong ajarkan

Bekas semaian haritu (gambar last) sy bahagikan kpd 6 sbb malas nak alih satu2 anak pokok sbb halus sgt 😅… Tanam jgn dlm ya cukup untuk ttup akarnya…sy letak pada tmpt yg sama masa semai benih…tak direct matahari
Dah besar mcm ni ambik masa juga (sy xkira 🤭)…tanah kene sentiasa basah.. Cara siram bukan siram terus pada batangnya.. Sy rendam biar air meresap pada tanah


Sy alih pasu besar terus.. Letak dekat tmpt panas (nak letak tmpt redup cikit pun blh)

Dan inilah hasilnya daun sup yang disemai sebelum ini. Izzati turut berkongsi tip semaian.
1)campur peatmoss & cocopeat sama banyak… Mcm cocopeat tu 1kg,peatmoss pon sama…(beli kt nursery @ kedai pertanian)
2)masukkan tanah semai tu dlm bekas semaian,jgn tabur benih dulu ya.siram air sampai betul2 basah
3)baru blh tabur benih sup lepas tu ttup nipis dgn tanah semai td
4)letak dekat tmpt yg ada cahaya tapi dgn direct marahari ya…
5)biarkan sampai tumbuh lebih kurang 2 minggu…jgn lupa siram bila tanah kering
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club