Memiliki rumah yang dihias cantik tentu sesiapa pun mahukannya. Kalau boleh rumah yang dihuni bersama keluarga, biarlah bukan sahaja sedap mata memandang malah memberi keselesaan. Namun bagi merialisasikan impian memiliki rumah yang cantik, tentu sahaja tidak boleh terlepas daripada menyentuh tentang bajet dan kewangan. Lumrahnya, kalau cantik pasti kita membayangkan harganya pun ‘cantik’.

Namun, melalui perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Nur Diyana berbeza sekali. Malah postingnya terdahulu pernah viral gara-gara keupayaan memnggubah bilik rumah sewanya daripada biasa-biasa menjadi luar biasa dengan bajet yang cukup rendah. Terkini wanita ini kongsikan lagi beberapa hasil sentuhan dekorasinya. Nyata, terlihat begitu wow dan jika ingin diteliti, perkakasan atau perabot yang digunakan sangat ringkas, mudah diperolehi dan boleh dibeli dengan harga yang mampu milik.

Jom lihat satu persatu dan bolehlah dijadikan inspirasi pada yang ingin menghias kediaman.

Hye semua kawan kawan dalam group deko. Saya nak share kompilasi hasil kerja saya dalam tempoh dua tahun saya belajar mendeko,masa saya masih belajar….Semuanya hasil dari deko bajet je sbb biasanya saya akan DIY sendiri semua benda dari cat sampai lah beli dan pasang perabot / hiasan. Selalunya setiap projek deko saya akan beli sikit sikit sebelum mulakan, maklumlah student kan Setiap detail insyaAllah ada pada caption gambar. Hasil deko saya tak lah mewah mana tapi alhamdulillah selesa sangat dah bagi saya. Harap dapatlah kongsi idea pada semua kawan-kawan dalam ni.

Sebelum
**media[120751]**

Ini bilik tunang saya di rumah parentnya. Kayu kayu tu guna untuk repair siling sebelum projek deko, kot la ada yang tanya.

IKLAN

Selepas
**media[120750]**
Satu dinding cat warna biru Jotun kod Royal Blue kod 4224 dan kelabu cat jenama Acri Star kod Silver Gray. Saya pilih tema biru untuk lebih maskulin, bilik lelaki lah katakan langsir saya beli di Kaison dalam 70 rasanya satu pcs dan day curtain dalam tu rm 14+ je dari Ikea (namanya Lill)

**media[120748]**
Ruang untuk bersiap, simple saja. Dalam RM 30 je cermin termasuk para. Cermin beli di Kaison, Para tu Ikea.
Cermin sengaja diletakkan tepi tingkap supaya ada sumber pencahayaan asli, tak la nanti bila keluar kalau berbedak dah serupa Annabelle

**media[120741]**
Simple je ruang gantung pakaian. Tak ada almari juga sebab balik sekali sekali saja. Guna rak mulig Ikea RM 19.90 dan hanger warna senada dari Eco Shop. Frame tu tak ingat berapa RM tapi beli di Dekko. Rasa macam RM 10.00 cemtu.

Sebelum
**media[120765]**
Bilik kedua yang saya deko. Saya deko sebab mulanya ada kesan air asyik menitis dari siling, dan kulat dah merekah kat dinding. Tuan rumah pun ok je jadi saya pilih warna selamat je. Kelabu dan putih.

IKLAN

Selepas
**media[120764]**
Kecik aje bilik bujang yang saya pernah sewa ni, sekarang saya dah habis belajar dan tak duduk sini lagi dah … wallpper beli di Kaison, pokok tu beli di cowboy dan pasu tu sebenarnya tong sampah yang saya sengaja letakkan pokok .

Sebelum
**media[120746]**
Ini antara projek terbaru saya, bilik saya kat rumah ibu. Saya dah nak kahwin jadi segan pulak kalau bilik merah menyala dengan pink cemni. Asal boleh konsepnya

Selepas
**media[120749]**
Saya pilih warna lembut , cat pun guna dua tong . Jenama acristar code silver grey dan owen ..pastu saja la try buat Wainscoting guna masking tape dengan cat putih bajet tak de tapi teringin kan, jadi la gitu ha… Frame besar beli di Dekko, tak sampai Rm 50 pun

**media[120742]**
Tak ada almari juga sebab balik jarang jarang jadi saya gunakan rak penyangkut ini je. Senang.

IKLAN

**media[120802]**
Frame tropikal dari eco shop.

**media[120745]**
Ruang untuk menonton. Saya cat balik meja kopi tu sebenarnye bagi ikut tema.

Selepas
**media[120753]**
Saya cat putih pipeline tu bagi warnanya senada (boleh baca treatment cat untuk bilik air) dan pilih wallpaper PVC kalis air warna senada dengan dinding dan lantai sebab malas nak cat apa semua
**media[120743]**
Settle ini je lah hasil kompilasi dekorasi bajet sy .. baru juga nak berjinak jinak dalam dunia deko

**media[120744]**
Ni antara projek DIY terbaru saya untuk deko rumah selepas kahwin saya memang akan kumpul sikit sikit, contohnya ini untuk dapur. Saya sengaja jadikan balang tinggi beli kat Eco Shop ni jadi nampak macam effect rustic sikit. Tak susah pun lilit je lah tali jute kat penutup dia tu di bahagian luar, insyaAllah selamat dan takde direct contact dengan makanan . Dapat lah dalam 7 bekas. Memang jimat sangat .

sumber : Nur Diyana via Kelab Kaki Deko Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI