Wanita Ni Kongsi Cara Buat Stok Cili Kisar Pelbagai Masakan & Tahan Sebulan. Siap Tip Sambal Sotong Sedap & Padu!

Share

Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tetapi sesetengah ibu ada bertanyakan macam mana nak buat sambal yang sedap?. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?.

Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Padahal menggunakan cili kisar atau cili boh.

Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya. Sebagai contohnya, sambal bilis, sambal sotong, sambal telur dan sebagainya lagi.

Perkongsian puan Nurul Ateekah mungkin boleh dijadikan panduan. Daripada cara membuat cili kisar sehinggalah kepada cara memasak sambal sotong. Cukup mudah dan hasilnya memang memikat selera.

CILI KERING KISAR
Cili kisar nih,mak mertua saya ajar.mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk,Dan jenis2 mee yang jual Di kedai makan Singapore. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak ..senang, ringkas Dan mudah bila2 masa Nak Guna..bila dah ada cili kisar macam nih,Nak buat lauk jenis sambal,masak kicap, rendang,jenis2 goreng mee semua jadi mudah,Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan,Dan tidak berbau,ianya juga kurang pedas.Dekat sini saya sharekan caranya.Contoh saya masak sotong sambal,Dan resepinya sekali,Dalam resepi nih,ade rahsia sambal sotong Yang sedap..😊❤️
BAHAN2
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawng besar


2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak

CARANYA
1)Gunting cili kering,Dan rebuskan sehingga lembut.


2)apabila Sudah lembut..toskan airnya Dan bilas cili Yang telah direbus tadi..(sebab dekat cili kering kadang2 ade warna2 hitam,serbuk2 putih,kadang2 Pon ade ulat😊


3)kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar


4)masukkan kesemua bahan,kisar dengan sedikit air Dan minyak..kisar sehingga lumat.
P/s(kenapa letak minyak??membantu cili kisar tahan lama,tidak berbau,Dan bila kisar,cili nya tidak berbiji serta cilinya betul2 hancur


5)simpan kedalam bekas Dan masukkan dalam peti sejuk..😊

Cara Masak sambal sotong agar tak kecut,.🥰

  • Didihkan air ,masukkan sotong,masak 4-5 minit. Angkat Dan toskan sotong. Saya Guna 500gram sotong.

  • 1 senduk cili kisar tadi. Masukkan cili kisar tadi..masak sehingga pecah minyak Dan sehingga cilinya masak…masa masak cili nih..memang bau tumisan Tu harum Saja.

  • Apabila Sudah pecah minyak,masukkan sehelai daun limau purut,Dan 1 sudu perahan air asam jawa

  • Masukkan gula,garam,serbuk belacan,Dan Knorr..Gaul sebati

  • Dan masukkan sotong,Dan santan 2 sudu besar. Kenapa masukkan santan?sebab nanti sambalnya akn Rasa berlemak Dan sedap.

  • Dah siap sambal sotong
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club