Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Sumber : Suhaniza Isenen
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.