Kerap sangat kita dengar bila musim perayaan mulalah harga barang naik mendadak. Bahkan serai, kunyit, halia juga terkesan.
Maklumlah ketika itu banyak sangat permintaan. Semua ibu-ibu akan membeli bahan-bahan tersebut dan sebagainya untuk menyediakan menu istimewa di musim perayaan.
Jadi apa kata sebagai satu persiapan sebelum Raya Haji nanti, kita tanam siap-siap pokok kunyit dan halia sekarang.
Untung-untung raya nanti nak masak daging korban, kita tidak perlu lagi membeli serai, halia, kunyit atau sebagainya. Bukankah itu lagi menjimatkan?
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nor Rabiah Abdul Rahman berkongsi cara menyemai dan seterusnya menanam dengan cepat dan bolehlah kita praktikkan.
Cara tanam kunyit
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Daun kunyit dah mahal sekarang ni. So, boleh la try tanam sendiri. Mudah je kan.
sumber : Nor Robiah Abdrahman