Melalui pengalaman rambut gugur dikalangan ibu-ibu selepas melahirkan anak seakan satu mimpi ngeri. Apa tidaknya, bangun sahaja daripada tidur berhelai-helai rambut jatuh di atas bantal. Itu belum lagi apabila sedang menyukat rambut atau semasa dicuci, boleh dilihat bergumpal rambut gugur.
Tidak mahu terus-terusan begitu, apa kata anda mencuba petua yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini yang juga mengalami masalah yang sama, namun berjaya diatasi dengan amalkan ini.
RAMBUT SEMAKIN LEBAT TANPA GUGUR
Ini adalah resepi mak mertua yang sebulan lalu yang tieja nak kongsikan. Sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan.. Kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu. Pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan
SANTAN KELAPA (kadang kadang pakai yang kotak je )
ALOE VERA Jika tak ade ALOE VERA boleh pakai OLIVE OIL
CARA BUAT :
Kisar 1 biji atau 1/2 biji kelapa.
Ads
2. Perah dan ambil patinya.
Ads
3. Kisar santan bersama aloe vera dan olive oil.
CARA PAKAI :
Lumur macam nak pakai minyak/serum rambut atau sedang bersyampoo.
Sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala 30-45 minit bilas seperti biasa. nak guna syampoo pun tak ade masalah .. mane tahu korang tak tahan dengan bau santan.
Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik menawan, pelakon Mawar Rashid. Bahkan kemesraannya dengan suaminya Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob,sentiasa mencuri perhatian netizen.
Terbaru muat naik di Instagram milik suaminya, Raf Yaakob telah meraih perhatian ramai apabila memaparkan percutiannya bersama Mawar di London.
Video dipaparkan adalah mengenai Chef selebriti, Salt Bae yang menunjukkan mereka sedang menikmati persembahan penyediaan hidangan stik daging.
Namun apa yang mengejutkan, harga stik daging itu mahal. Ia menjadi perbualan netizen. Malah ada komen-komen yang dikongsi menghiburkan.
Aksi riak wajah terkejut melihat bill membuatkan netizen terhibur. Jumlah bayaran cecah hingga RM10K!
NETIZEN TERKEJUT HARGA STIK DAGING MAHAL!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita apabila mengetahui diri mengandung dan bakal bergelar ibu. 9 bulan mengandung perut, lahir cahaya mata yang menjadi pelengkap hidup pasangan ini.
Lebih istimewa lagi, pasangan ini dikurniakan tiga bayi kembar menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka.
Ini dirasai Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, apabila menerima orang baharu dalam hodup mereka.
Dr Siti Nurul Aishah berkata, kelahiran itu hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji diusahakan mereka tahun lalu.
Katanya, beliau sebelum ini sudah berusaha selama dua tahun untuk hamil secara semula jadi dan pernah mengalami keguguran.
Keadaan itu membuatkan beliau tidak mahu menunggu terlalu lama lagi untuk hamil kerana sedar tahap kesuburan wanita akan semakin merosot mulai usia 35 tahun.
Jadi, rawatan kesuburan adalah ikhtiar mereka untuk memiliki zuriat sendiri dan untuk itu mereka mendapatkan rawatan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.
“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga.
“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.
“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya yang mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilannya,” katanya.
Tiga bayi mereka itu yang dinamakan Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal dengan berat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Bagi Dr Nurul Aishah dan suaminya, kejayaan mereka dalam rawatan IVF itu diharap menjadi pemangkin kepada pasangan lain melakukan ikhtiar sama.
“Kami membelanjakan kurang RM40,000 untuk tujuan ini. Ia sangat berharga kerana kami dianugerahkan tiga cahaya mata yang begitu menenangkan jiwa, pelengkap kebahagiaan dan Insya-Allah mendidik kami sebagai ibu bapa terbaik untuk mereka.
“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya.
Bercerita mengenai tiga bayinya itu, semua dihantar ke TASKA dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang dan mereka tidak menghadapi masalah kecuali perlu membiasakan diri kerana kini mempunyai tiga anak.
“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir itu keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal. Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.
Peti sejuk memanglah semua maklum menjadi tempat penyimpanan makanan untuk tahan lebih lama. Atas alasan ini juga, kalau boleh semua benda ingin disumbat dalam peti sejuk.
Akhirnya peti sejuk sarat dengan pelbagai jenis makanan dan sukar pula untuk dicapai. Malah nampak berserabut dan tidak kemas pula.
Untuk itu, ada teknik yang harus dipraktikkan untuk menjadikan peti sejuk walaupun banyak barang di dalamnya, namun tetap nampak kemas dan teratur.
Cara pertama dan cukup popular adalah dengan menggunakan container dan ini kelebihan apabila memilih cara ini.
• Lebih kemas dan tersusun
• Senang nampak dan ambil
• Senang susun (bekas seragam saiznya)
• Tidak bocor (sesuai jika kandungan cecair)
Pun begitu, tidak dinafikan menggunakan bekas akan memerlukan ruang yang besar dan jumlah bekas yang banyak juga mesti disediakan
Oleh itu ada cara lain pula boleh digunakan bagi yang tidak mempunyai peti ais yang besar iaitu dengan menggunakan plastik berzip untuk menyimpan makanan ke dalam peti sejuk untuk lebih jimat ruang.
Pun begitu, cara ini ada sedikit kelemahannya di mana makanan yang disimpan akan bertindih-tindih, bimbang kemungkinan plastik bocor dan sebagainya. Namun masih praktikal untuk nampak kemas sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...