Wanita Ni Buat R&D Sendiri Untuk Resipi Aiskrim Malaysia Ala Magnum. Sedap & Senang Sangat, Patutlah Viral!

Share

Enaknya menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Anak-anak yang  paling teruja kan.

Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.

Nah, cuba buat sendiri. Tak payah nak beli lepas ni. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh saudari  Siti Masitah Awang Kechik


Kerana ais krim nih boleh jadi gaduh
Nih malam sis R&D sendiri,
Sis xmasuk pun mana2 kelas magnum ais krim nih
Sis cuba ja teknik nih, sis suka mengkaji ?


Kita tgk esok pagi jadi ker dak

Kalu jadi sis share nanti teknik nih

Senang yang amatttt aduhaiiiiii

=====================================

Hasil kajian semalam

Resepi ais krim kat dalam tu saya guna resepi ais krim susu

Saya buat sikit ja

Resepi Ais Cream
==============
– half tin susu cair
– half tin susu pekat
– 200ml whipping cream (optional nak letak pun boleh tak letak pun boleh)
– 1.5 litre air
– 2 tbsp tepung jagung
– 1/2 cawan gula (rasa dulu baruh boh gula banyak mana hangpa nak ok)
– vanilla flavor atau essence ikut suka

*kacau semua dalam periuk tanpa api, pas dah sebati baru letak atas dapur
* masak dan kacau sampai mendidih
* dah didih tutup api

Resepi chocolat tu
===============
– 250gm milk chocolate beryls (kalu hangpa kaya boh la cadbury)


– 250gm dark chocolate beryls

* cairkan guna kaedah double boil
* pastikan api tak kuat dan jgn bg air tu terperecik kat adunan chocolate ok
* Dah siap sempurna cokelat dicairkan letak tepi
* Masuk dalam piping bag ikat
* cara nak boh boleh rujuk gambaq kat bawah

Adunan ais krim bg suam, hangpa jgn duk tuang hangat2 tu satgi tangan hangpa panas nak pegang susah, paham

Step masuk chocolate tu tgk kat bawah na

Chocolate tu pun bg suam skit
Boh cokelat agak2, jangan tebal jangan nipis
Kalu tebal satgi hangpa makan cokelat bukan ais krim

Kalu nipis serupa hangpa makan ais kerim coki coki tu bukan la ala2 magnum

Kalu nak nampak serlah hangpa carila plastik besaq skit…

Nih “uji kaji” pakai apa yang ada ok?

Ok sekian hasil ujikaji semalam

Nak pesan hangpa kalu boleh jangan la duk bergaduh pasal resepi, ikut atas org tu nak bg ke dak

Kita nih bangsa melayu, jaga adab bila bercakap, jangan nak panggil nama org ikut sesuka hati naaaa

Chek pesan ja… Mak kata adab dan sopan tu budaya kita ok

*hangpa amik resepi nih tak buat siapppppp!!!!!

❤️My Ais Krim Malaysia ala Magnum bodo bodo is doneeeeee?

LAGI SATU::: RESEPI INI HANYA R&D UNTUK TAHU TEKNIK BUAT SALUTAN COKELAT TU JA… JGN NAK COMMENT REAL KER TAK REAL OK…

#siscuba