Wanita Ni Buat & Kongsikan Resipi Karipap Mini Dari Orang Yang Berniaga Lebih 10 Tahun! Hasilnya Mesti Puas Hati.

Share

Istimewanya karipap mini ini bukan sahaja pada saiz dan rasanya yang rangup di luar dan berinti ikan atau serunding di dalamnya semata-mata. Malah ada di antara kita kalau terlihat sahaja karipap mini ini akan terkenang zaman kanak-kanak dulu.

Apa tidaknya, kuih ini lah menjadi antara juadah wajib ada dihidang oleh tuan rumah untuk merai tetamu yang berkunjung bila musim perayaan. Malah dek kerana sedapnya rasa karipap mini ini dan jarang-jarang pula dapat dimakan, tidak hairanlah adik beradik makan pun berebut-rebut.

Bagi terus menyegarkan lagi nostalgia lalu, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri menu karipap mini ini. Resipi dikongsikan oleh Puan Noorfaizah ini pula, resipi asalnya diambil daripada seorang kakak yang berniaga Karipap Mini lebih 10 tahun. Pasti rasanya sedap dan puas hati. Jom cuba!


Sambil-sambil duduk rumah jaga anak, buat karipap mini untuk tempahan. Alhamdulillah..tersangat sedap. Hihii. Resipi ni saya ambik dari sorang akak yang meniaga karipap mini lebih dari 10 tahun. Pada yang nak resipi bole ambik.. “Noorfaizah

Resepi karipap mini

Untuk doh:
250gm tepung gandum
50gm margerin -panaskan
½ sudu teh garam halus
110 ml air sejuk

Cara sediakan doh:
1.Masukkan tepung di dalam bekas
2.Panaskan margerin dan tuang ke dlam tpung ketika suam. Gaul sampai sebati
3.Masukkan air yg dilarut bersama garam
4.Agak-agak adunan tak terlalu keras atau lembik. Uli secukupnya dan rehatkan sebentar (15minit)

Seterusnya, canaikan doh, (saya guna mesin) letak dalam acuan dan setrusnya letak inti serunding ikan.

**Sapukan tepung tadi dengan putih telor di keliling acuan. Fungsinya supaya tepung melekat dan tidak terbuka sewaktu menggoreng. Goreng dalam minyak yang banyak. Api sederhana.

Bahan serunding ikan:


Ikan selayang – 1kg
10 tangkai cili kering*
2 inci halia*
2 batang serai*
4 ulas bawang putih*
6-7 ulas bawang merah*
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air dan asam keping.

2. Bila sudah masak, sejuk kan. Kemudian ambil isi ikan. Kisar ikan bersama air rebusan tadi.

3. Sediakan kuali, tumis bahan kisar(yang bertanda *) sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan isi ikan yang di blend tadi. Masak hingga kering.

 

Ekstra tip

  1. Teknik untuk dapatkan bentuk karipap :
    A- besar dan bulat
    B – leper dan kecil

2. Kena letak air sejuk masa hendak klim tu. Doh jangan lembek sangat, keras-keras sikit nanti bila klim, tekan kuat-kuat.

sumber : Noorfaizah Nfi via MAHN