Wanita Ni Bersama 6 Sekawan Ke Eropah, Banyak Tip Dikongsikannya Boleh Praktis Untuk Kita Nak Bawak Famili!

Share

Melancong bersama keluarga memang saat yang menyeronokkan, apatah lagi andai lokasi yang ingin dituju nun jauh menyeberangi Benua Eropah.

Tentu banyak persiapan yang perlu dibuat, dan jangan lupa juga ketahui tip-tip untuk kurangkan bajet perbelanjaan sepanjang berada di sana, terutamanya dalam bab makanan.

Nak tahu bagaimana, ini dikongsikan oleh Puan Raudzah Ramli, semoga bermanfaat.


TIPS MELANCONG KE EROPAH

Tip Yang saya NAK kongsikan bila saya melancong bersama 6 orang kawan-kawan  yang terdiri daripada 2 pasangan suami isteri dan 2 orang member pada awal Disember lalu.

Moga menjadi manafaat dan menjimatkan perbelanjaan kalian semua.

MAKANAN HALAL SEMASA MELANCONG

MAKANAN

Contoh kat Europe Nasi lauk ayam seketui 10 pound , nasi goreng 15 euro (x rm5).mahalll

Maka untuk memastikan jimat Dan halal. Mari la kita memasak

1- bawa periuk nasi atau pan yang bersesuaian.kita masak sendiri.jimat sangat.duit yang ada bole la beli cenderahati

2- beras, nasi himpit,serunding, sambal beras, ketupat mini, sambal bilis kering, sambal kacang kering, tuna dan cili.

Apabila ditanya, tentang membawa beberapa jenis sambal selain tujuannya memudahkan untuk dimasak pelbagai menu, ia juga tidak mudah basi dan boleh bertahan lama.Jadi tidak hairanlah rombongan ini dapat berjimat dalam bab makan. 

“Stok sambal.dengdeng.sardin Maggi ikan bilis. Biasa saya akan Kira untuk 14 hari”

“Biasanya sambal hijau dan sambal tumis takkan basi untuk tempoh yang lama bila kita keringkan”

3- Bekalan makanan yang cukup seperti roti, mi segera,Milo 3 in 1

4- Bole semak restoran-restoran halal yang berdekatan dengan hotel atau tempat lawatan. Bwebsite www.zabihah.com untuk membantu anda.

5- tepung cucur segera
Tepung cucur segera mudah dan cepat. sememangnya salah satu bahan boleh dibawa bersama ketika bercuti.

TIP TUKAR MATAWANG

 

Seeloknya nak buat urusan pertukaran mata wang Di negara Kita di Malaysia Lagi bagus sebelum melancong kerana ia lebih selamat. Guna cash tukar siap2 di Malaysia.

Masa 2013, Kak Maness p London. NAK tukar duit ringgit ke Pound depa tak NAK .kalau bagi dollar depa okeh. Mungkin kat situ Aja kot. Eloknya tukar siap siap, sonang citer!

Kat mana NAK Tukar duit?

Di mana mana money changer tapi Bukan Di money changer airport.

Tukar ke euro
Money changer biasa 4.79
Money changer Airport 5.05

Tukar beribu3 lari banyak oooo.

Bawa kad kredit untuk kecemasan. Pastikan call center kad kredit yer sebelum melancong untuk aktifkan kad.

Sumber : Raudzah Ramli