Jika ibu-ibu ketandusan menu apa nak dimasak malam nanti, bolehlah cuba Resipi Mee Kuah ini. Caranya cukup mudah tapi sedap. Resipi ini dikongsikan oleh puan Rossa Maryan.

Selamat mencuba!


Mlm2 masak mee kuah sebab teringin pnyer pasal.. Kat kl ni kalau g kedai mkn klu mintak mee kuah xde yg tau.. Klu kat kelantan mmg popular mee ni mna2 kedai mskan pns mmg ada lah menu ni.. Cme cara dan rasa mgkin berbeza..

Bila makan mee ni mesti akan teringat arwah ayah sebab die org paling ske mkn mee kuah ni.. Dlu2 klu nak mkn mesti suruh die yg msk…siap ckp lg ngn mak biar ayah yg masak sbb ayah masak mee ni mmg org lain xboleh lawan lah..

Tp skrg Sejak2 die dah kembali ke negeri abadi hanya tggal kenangan.. Lps die takde bru usaha nk mkn masak sndiri.. Ni resepi arwah ayah yg ajar cme resepi ni saya tukar sikit je sbb arwah ayah xsuka buh kicap manis..

Semoga dgn share resepi ni pahala mengalir kepadanya kat alam sana..Rindu sgt.. Al-fatihah ayah..

Cara membuat:

 

  1. Tumbuk bawang merah bawang putih cili api udang kering.

2. Potong kecik2 ayam sotong fishball fishcake.. Kalau ada udang lg sedap

 

3. Sayur2 ikut suka nak buh sayur ape..mcm sy ske buh pakchoy bunga kobis ngn tomato je..

4. Tumis bahan2 tumbuk tdi smpai garing..buh cili kisar 1sb(ikut ske yg ni klu xnk boleh buh lada hitam)

5. Dah garing masukan ayam goreng masak.

6. Ayam dah masak baru boleh masukan lauk2 yg lain.

7. Lauk da masak masukan sos tiram 2sb sos cili 2sb dan sedikit kicap manis.. Kicap jgn bnyk nt kurang sedap.

8. Lepas tu boleh masukan air. Ikut suka nak kuah banyak mana.. Klu yg ske hirup2 kuah lebihkan air ye..masukan garam bahan perasa sume dan buh sos ikan kalau ada…jgn lpe msukan kiub pati ayam kalau suka.

9. Dah mendidih masukan Sayur2 tadi.

10. Masukan mee. Basuh dulu nanti  pahit air kapur turun dalam kuah nanti.

11. Kacau2 bagi sekata. 

12. Kuah mendidih masukan telor.. Sy ske separuh masak.. Telur kuning jgn pecah ooo nt kemurungan kejap.

13. Dah masak boleh lah hidangkan dgn bawang goreng dgn limau.. Masam2 bru syokk nak hirup kuah.. Sedar2 2mgkuk hbis.. 🤭