Asyik layan kuih je petang-petang, apa kata hari ini tukar pula selera dengan Mee Bandung. Walaupun simple tapi menyelerakan.
Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.
Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!
Bahan-bahan:
1. Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
2. Kacang tanah (goreng & blend)
3. Udg kering ( blend)
4. Daging direbus (air rebusan asingkn)
5. Udang basah..
6. Telor