Asyik layan kuih je petang-petang, apa kata hari ini tukar pula selera dengan Mee Bandung. Walaupun simple tapi menyelerakan.
Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.
Ads
Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu! Jemput minum ptg..hujan² ni menu “Mee Bandung” ada yg minat ke.. ikot resepi arwah mak sy dlu,simple je..
Ads
Ads
Bahan-bahan:
1. Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
2. Kacang tanah (goreng & blend)
3. Udg kering ( blend)
4. Daging direbus (air rebusan asingkn)
5. Udang basah..
6. Telor Cara membuat:
Tumis cili sehingga naik myk,masukkn udg kering & kacang.
Ikan bakar antara kegemaran ramai terutama bagi yang tak suka menu yang berminyak. Terasa keenakannya lebih-lebih lagi dicicah dengan air asam. Fuhhhh berpeluh bila dimakan dengan nasi putih yang masih panas.
Kebiasaannya resipi ikan bakar, isinya lembut dan basah. Tapi kali ini admin nak kongsikan resipi istimewa yang mana menu ini dibuat versi garing. Menarik kan.
Biasa ikan bakar isi ikan lembut basah² kan.. Harini sy nak share ikan bakar tapi versi garing yg menjadi favorite suami.. 😜
Bahan-bahan:
Bahan2 sapu atas ikan.
*Bawang putih
*Halia
*cili padi
*Garam /gula / serbuk perasa sikit / kunyit.
Tumbuk bahan2 sampai lumat dan masukkan kicap manis, serbuk lada hitam/putih sikit. Jangan lupa masukkan minyak masak sikit.. Bahan agak2 je, kalau nk manis lebihkan gula sikit
Cara membuat:
Harini guna ikan kembung.sebelum2 ni sy guna ikan talapia merah sbb bagi sy lagi sedap 😅. Ikan kelar² letak kunyit + garam dan goreng separuh masak agak² ikan dah garing sikit angkat okay 👌Sapu bahan tumbuk tadi atas ikan. Pastikan sapu rata depan belakang. Lepastu bakar atas kuali atau air fryer atau masuk oven pun boleh. Bakar sampai garing.. saya masuk oven bakar dalam 10-15minit. Nak bagi kicap tu meresap dan ikan pun garing.Tadaaa dah siap. 💃 Jemput makan semua 😋 # kalau rajin bungkus ikan dgn daun pisang utk dapatkan aroma tu.. tapi saya malas 🤣🤣
Bunga cengkih sememangnya antara bahan wajib yang ada di rumah kita. Namun biasanya kita gunakan bunga cengkih ini sebagai asas bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya.
Aroma yang dikeluarkan bunga cengkih ini tidaklah sekadar bau harum dan enak sahaja bahkan kaya khasiatnya pada makanan yang kita sajikan. Pun begitu, yang anda perlu tahu cengkih bukan hanya baik untuk makanan sahaja bahkan dalam beberapa petua lain. Mengapa anda perlu simpan cengkih di rumah. Ini kelebihan yang anda perlu tahu.
Pulihkan Masalah Campak
Bunga cengkih dikatakan baik untuk merawat demam campak. Ambil bunga cengkih dan gula batu. Rendam bunga cengkih di dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Minum sedikit demi sedikit dan amalkan sehingga campak makin pulih.
Atasi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanfaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. Caranya ia dengan merebus cengkih ini bersama segelas air. Apabila sejuk, kumurlah dengan air ini.
Pulihkan Batuk
Kunyah cengkih bersama garam secara serentak. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada kerongkong. Anda juga boleh membakar cengkih ini terlebih dahulu jika tak mahu dimakan mentah.
Hilangkan Bau Peti Sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.
Halau Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.
Elak Sampah Berulat
Taburkan lebihan cengkih ke dalam tong sampah atau sekitar kawasan sampah. Ulat akan mati dengan sendirinya dan masalah semut juga akan dapat dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak pandemik, banyak kedai tidak beropersi yang menyebabkan ramai membeli secara online.
Namun tahukah anda bahawa salah satu barang ‘rare’ yang boleh dibeli secara atas talian (online) adalah ikan hidup.
Mungkin ada yang tak percaya tapi realitinya kurier ada menyediakan perkhidmatan ini. Sebagaimana perkongsian seorang pekerja kurier yang ditugaskan untuk menghantar bungkusan ikan hidup.
Lebih menarik, bungkusan ikan hidup mendapat layanan istimewa apabila diletakkan di tempat yang dingin dan tidak panas untuk mengelak ikan mati.
Video yang dipaparkan menerusi aplikasi TikTok telah mendapat lebih 195K tontonan dengan 14K tanda suka telah menarik perhatian warganet. Malah ada yang memberitahu pernah membeli ikan hidup secara atas talian dan mendapat kiriman bungkusan dengan selamat.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.