Wanita Meninggal Dunia Selepas Bersalin Seorang Diri Di Rumah

Share

Keterujaan untuk menyambut orang baru dalam keluarga akhirnya bertukar sedih apabila wanita yang telah menjaga dan mengandungkan zuriat selama 9 bulan ini pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya selepas melahirkan anak ketiga.

Wanita yang merupakan warganegara Indonesia ini telah bersalin seorang diri di rumahnya yang terletak di Kampung Perigi Jernih, Negeri Sembilan.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[TIP KEWANGAN]

Perkara ini hanya disedari oleh suaminya sekitar jam 3 petang selepas mendapati isterinya tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Mayat wanita itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Menurut sumber, bayi perempuan yang dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau.

 

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club