Wanita Kongsi Tips Berdoa Untuk Dapatkan Result Sebagaimana Yang Dihajatkan. Sesiapa Pun Boleh Buat & Praktis!

Share

Doa merupakan salah satu komunikasi istimewa yang menghubungkan antara kita dengan Sang Pencipta. Lazimnya setiap baris doa yang diucapkan, pastinya penuh dengan permohonan dan permintaan pada perkara yang membawa ke arah kebaikan sama ada untuk diri mahupun untuk keluarga tercinta.

Memahami lagi tentang doa ini, wanita ini kongsikan agar setap doa yang dipohon terkesan di hati dan seterusnya merasai nikmat doa yang termakbul. Jom semak.

Doa doa banyak kali tetapi rasa macam tak dimakbulkan. Siapa pernah rasa, dah berdoa banyak kali, doa yang sama dibaca lepas solat, tetapi macam doa itu tak ada apa apa. Macam sama jer.. Macam tak ada apa berlaku.

Lepas tu mulalah kita curious, sebab teringat “Sesiapa yang berdoa, nescaya aku akan makbulkan doanya”. Dah doa ni Allah…tapi kan… Rasa macam tak ada apa apa la ya Allah.

Pernah tak dengar pepatah ni…. “Doing a same thing over and over again, expecting a different results!”

Tanpa kita sedar.. Kita buat perkara yang sama… Berkali kali tapikan result tak berubah… Lepas tu kita salahkan perkara lain..bila orang tanya dah doa? Dah…hari hari aku doa.. Tapi kan….

Nak belajar tak buat sesuatu yang lain?

Dia gini…Rupa rupanya… Kita ni selalu sangat berada dalam mode meminta minta. Tanpa kita sedar.

Situasinya begini…

Seorang anak..merengek rengek nak itu nak ini… Sedangkan semua keperluan anak tadi sedaya upaya telah dipenuhi. Rasa dah cukup dah… Apa lagi tak kena ni… Dia minta lagi…minta lagi… Macam macam…

Selepas itu… Jika tak dapat, anak tadi akan buat perangai. Tantrum! Ada yang mengugut! Kalau tak bagi apa yang dia nak… Dia tak nak ikut arahan kita.

Ada satu lagi situasi.

Ada seorang anak ni… Suka datang kepada kita. Suka puji kita, suka ucapkan yang best best! Suka buat baik..apa yang kita bagi tak pernah dipertikaikan…sentiasa syukur… Mudah menguruskannya… Apa ada diambil..tak dapat tak merengek! Tak mengugut pula tu…

Agak agak kita sebagai orang yang mempunyai kuasa menguruskan ke dua dua situasi, situasi mana yang kita paling suka?

Macamana kita nak jadikan diri kita dalam situasi yang ke dua.

Kuncinya Allah dah bagi.

“Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat ku”

Kuncinya adalah kita kena jadi orang bersyukur. Sentiasa dalam mode bersyukur.

Sekarang ni… Kita kena tukar dari mode meminta minta kepada mode bersyukur. Kita nak jadi orang berbeza. Sebab sebelum ini, pattern kita berdoa sama jer.. Result tak berubah.

Kita kena jadi orang berbeza, baru result berubah

Persoalannya macamana nak jadi orang bersyukur?

Ini perlukan latihan.

Pertama.. Kita berhenti buat diri kita dalam mode meminta minta dengan berhenti meminta.

 

Ke dua.. Kita sebut kita bersyukur. Contoh kita bersyukur, cuba tahan nafas dalam seminit. Apa kita rasa… Rasa sedikit tercungap kan… Bila kita rasa tercungap tu bermaksud kita memang perlukan oksigen. Perlukan udara. Ya Allah..syukurnya…udara aku hirup ini percuma rupanya ya Allah. Kau tak caj pun satu jam kena bayar berapa. Tapi kan ya Allah..kalau aku parking kereta kat KL… Pernah ya Allah aku parking 4 jam RM25 ya Allah. Tengok pula orang yang perlu bawa tong oksigen ke sana sini… Ya Allah..syukurnya ya Allah… Aku bawa tong oksigen kalau aku diving jer Ya Allah.

Kita kena mulakan bersyukur dengan sekecil kecil nikmat.

Contoh doa bersyukur lepas solat.

“Ya Allah… Aku bersyukur Ya Allah.. Hari ni kau bagi aku peluang solat Zohor tepat waktu. Syukur sangat”

Doa tu sahaja.. Bangun…lipat telekung!

Serius.. Perasaan selepas cakap begitu sangat berbeza berbanding doa sebelum ini yang panjang lebar, meminta itu ini tetapi kita tak feel apa kita ucapkan.

Satu perasaan baru akan menyelinap masuk. Itulah ‘rasa’ syukur.

Nanti kita akan perasan, selepas kita berubah, satu persatu peluang yang best akan datang kepada kita.

Selamat menjadi orang berbeza.

sumber : Rafiza Idayu