Wanita dan emas memang tidak dapat dipisahkan. Ia juga dianggap penyeri yang menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai. Malah ia dijadikan koleksi oleh sesetengah wanita dan diwariskan kepada anak cucu kerana nilai emas yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Tetapi tahukah anda yang emas ini sama ada dipakai atau pun tidak ia tetap perlu dibayar zakat apabila cukup haul.
Melalui perkongsian saudara Shahrir Ismail di facebook beliau, beliau menjelaskan cara kiraan terperinci bagaimana menentukan sama ada emas milik kita layak atau tidak dibayar zakat berdasarkan jumlah berat yang dimiliki.
Terpaksa keluarkan duit sendiri untuk bayar zakat emas, yang sebenarnya kalau jual balik pun tak untung besar mana selepas ditolak zakat.
Tak bayar zakat emas nanti berat nak jawab di akhirat kelak walaupun di dunia terasa berat akan tangan tunjuk gelang emas.
Tedapat 2 jenis emas
Syarat zakat cukup nisab dan haul [ tempoh setahun ]
Emas hiasan ialah emas yang dipakai di badan. Zakatnya dibayar mengikut uruf negeri masing-masing.
Emas hiasan ini kadang orang tak pakai semua, tapi tukar-tukar pakai. Yang tukar pakai pun termasuk sekali. Kiranya jumlah semua keseluruhan emas hiasan tersebut.
Contoh Melaka uruf 180g. Katakan Siti mempunyai emas perhiasan seberat 250g dipakai dibadan, cukup setahun perlu zakat.Kiraannya adalah:
250g [pakai]-180g [uruf Melaka] = 70g
70g [lebihan yg dipakai] x [harga emas semasa ] x 2.5% [kiraan kadar zakat tetap] = JUMLAH PERLU BAYAR
Bagi EMAS SIMPANAN pula biasanya adalah goldbar/dinar. Untuk emas simpanan, semua negeri malah satu dunia adalah sama.
Nisab adalah 20 dinar [ 85g ] dan cukup setahun dalam simpanan.
Contoh simpan gold bar 100g. Kiraannya:
100g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR
Jika emas hiasan tidak dipakai selama setahun ia dikira termasuk dalam kategori emas simpanan yang 85g.
Contoh ada goldbar 100g , kemudian ada emas hiasan gelang berat 20g tak pernah pakai walau sekali pun selama setahun. Jadi ia termasuk dalam zakat emas simpanan.
Maknanya 100g + 20g = 120g
120g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR.
Moga perkongsian ini memberi pencerahan buat wanita diluar sana. Boleh sahaja jika ingin membuat pelaburan dalam emas tetapi sebaiknya anda faham dulu tentang zakat emas ini kerana ia melibatkan urusan di akhirat kelak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club