Sebulan ini kecoh tentang isu perempuan mata duitan lah, perampas lah, kaki kikis lah! Tak habis reda satu kisah viral, naik lagi kisah lain. Kiranya tak menang tangan ‘keyboard worrior’ nak buat kerja!
Baru-baru ini pelakon dan pengacara Uyaina Arshad ada berkongsi pendapatnya di media sosial Instagram miliknya tentang isu pisau cukur sering dikaitkan dengan wanita.
Bagi Uyaina, golongan pisau cukur dan materalistik ini tak semestinya dari kaum hawa, lelaki pun apa kurangnya. Asal ada duit, kira settle lah!
Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. 🥵
Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong;
Ads
rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.
Hidup ni pilihan, nak sesuatu kena usaha
Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.
Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan? 😊
Ads
Nasihat untuk wanita di luar sana
Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.
Ads
Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan? 🤗
Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua ♥️
Dalam perniagaan, tiada jalan mudah untuk berjaya. Pasti ada liku-liku yang akan diharungi untuk mencapai kejayaan. Ada turun naik, malah untuk berada ditahap yang membanggakan, ianye memerlukan pengorbanan.
Itulah umrah dalam dunia perniagaan. Bagi yangmenceburi bidang ini, pasti arif dengan ‘permainannya’. Kejayaan tak dapat bergolek tetapi liku-liku yang harus ditempuhi inilah yang akan membawa kejayaan yang diinginkan.
Seperti yang terjadi kepada seorang pengusaha kedai Port Bako-Bako yang popular dengan menu ayam tong, suatu kejadian yang tidak diinginkan telah berlaku apabila hampir 100 ekor ayam yang sudah siap diperap terpaksa dibuang gara-gara bahan perapannya berbuih.
Namun, pengusaha ini akur dengan ketentuan Allah dan reda dengan apa yang berlaku kerana dia yakin apa yang terjadi adalah aturan rezeki Allah.
“Ayam tu sebenarnya baru saja diambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul semua ayam dan perap dalam satu bekas.
“Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, ayam yang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak berani nak bakar.
“Selepas kami periksa balik, ayam memang dah tak boleh pakai. Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira, rugi dalam RM2,000.”
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha yang bernama Faizal ini di akaun TikTok miliknya. Selepas memuat naik video tersebut, dia mendapat pelbagai respon dari warga maya.
Ada yang bersetuju dengan tindakannya kerana bimbang keselamatan pelanggan jika ayam tersebut tetap juga dijual namun ada juga yang menyelar tindakannya itu. Ada yang mengatakan telah berlaku pembaziran berikutan ayam yang elok masih boleh dimakan jika membuat beberapa petua untukmenghilangkan bau.
“Memang ada yang bagi cadangan suruh rendam cuka untuk hilangkan bau. Tapi kami tak mahu jual ayam tak elok kepada pelanggan. Kami bukan berniaga sebulan dalam bulan puasa, kami ada kedai dan berniaga sepanjang masa.
“Kami jaga kualiti. Siapa yang nak rugi kan? Ramai juga yang cakap saya patut sedekah ayam tu kepada orang ramai. Saya tak berani nak sedekah makanan yang dah tak elok. Sebab risiko keracunan makanan boleh membawa kematian.”
Tambah Faizal, dia turut menerima cadangan supaya ayam-ayam itu diberi kepada haiwan lain, namun katanya dia tidak mempunyai kelapangan masa kerana sedang sibuk menyiapkan tempahan iftar.
“Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin dapat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.
“Ada juga yang suruh bagi pada anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Yang suruh beri pada penternak keli pun ada, tapi saya tiada contact penternak keli. Kami pula tengah kejar masa.
“Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo. Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi,” ujarnya yang mula berniaga sejak dua tahun lalu.
Namun di sebalik dugaan yang dihadapi, pemuda ini tetap bersyukur kerana kedainya sentiasa menjadi pilihan ramai dan turut dikunjungi individu dari luar negeri Pahang.
Malah, beliau turut menegaskan dan berpesan kepada para peniaga agar sentiasa jujur dan berusaha memberikan kualiti terbaik buat pelanggan masing-masing.
“Pada saya, kalau makanan itu rosak, jangan jual walaupun ada orang kongsi cara untuk hilangkan baunya. Kita kena ambil iktibar kes orang mati keracunan makanan.
“Ada orang guna kaedah macam tu kalau makanan rosak, tapi saya memang tak berani,” ujarnya lagi.
Semoga kisah Faizal ini dijadikan ikhtibar buat semua. Setiap peniaga ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah. apa yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan berniaga.
Pasti akan dipermudahkan oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
Bunga kertas yang sarat berbunga memang jika dilihat cukup indah. Apatah lagi warna bunga-bunganya yang terang menjadikan dari kejauhan lagi sudah nampak cantik dan memukau di laman rumah.
Menambah keunikan pokok bunga kertas sebagai penyeri kediaman, ramai juga antara kita melakukan teknik cantuman tunas dengan tujuan untuk ‘memeriah’kan lagi warna-warna bunga yang terhasil daripada satu pokok bunga kertas yang ditanam.
Untuk yang belum pernah mencuba kaedah ini, disini dikongsikan langkah demi langkah untuk membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Hasnah Jaafar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Bagi sahabat-sahabat yang bertanya macam mana nak buat cantuman tunas bunga kertas… di sini saya kongsi cara saya ..
Alatan yang diperlukan : Permanent marker, cutter, plastik, tali & white tape pipe
step 1 : Cari pokok ada tunas yang sesuai
Step 2 : Potong tunas yang menjadi pilihan
Step 3 : Hiris nipis tunas tersebut sepanjang 1 inci
step 4 : Belah tunas penanti (yang dibahagian batang pokok) dan masukkan tunas pilihan
Step 5 : Balut dengan white tape pipe hingga menutupi seluruh bahagian belahan.
Step 6 : Tutupkan dengan plastik dan ikat kemas. Tulis kan juga tarikh dan id tanaman.
Tips tambahan..
1. Jangan sentuh tempat hirisan tunas…. pic no 4
2. Buka plastik selepas 3 minggu (waktu petang)
3. Letak ditempat teduh
4. Plastik tak perlu lubangkan
5. Siram pangkal pokok sahaja.
6. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
sumber : Hasnah Jaafar via Laman Landkap Keliling Rumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak ayah yang ada anak perempuan tentu tahu bagaimana perasaan terujanya untuk menggayakan anak-anak agar nampak cantik dan comel bila hendak pergi kemana-mana. Namun dimusim PKP ini, terasa tiada perlunya untuk bersiap dengan pakaian cantik dan didandan kemas, memandangkan semuanya duduk di rumah sahaja.
Pun begitu, lain pula kisahnya buat seorang ayah ini yang sering kali berkongsi video di tiktok sedang merias anak perempuannya yang diberi nama Rania. Difahamkan, ayah ini menjadikan suatu yang rutin setiap kali sebelum anaknya join kelas di zoom meeting.
“Bersiap Untuk Zoom Meeting…”
Menerusi satu perkongsian terkini dari @farismohamad_91 di tiktok berkongsi video sedang menyiapkan anak perempuannya sebelum menyertai zoom meeting. Apa yang menariknya, Rania juga dilihat turut memilih sendiri eyeshadow yang ingin digayakan dan turut memilih rona liptik mengikut citarasanya sendiri dan direalisasikan oleh ayahnya sekali gus penampilan Rania cukup cantik di hadapan kemera.
Sanggup Gunting Shawl
Berkongsi cara untuk pastikan tudung yang dipakai oleh Rania terletak kemas dan tidak terlalu bersar, siapa sangka Faris menggunting sedikit Shawl orang dewasa untuk Rania. Ini kerana menurutnya, bentuk shawl yang besar tidak selesa digunakan oleh anaknya. Bahkan di dalam posting video tersebut, Faris sempat lagi bertanya jikalau ada yang menjual tudung kanak-kanak dia ingin membelinya.
Video ini mendapat tontonan 679 ribu dan rata-rata di ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian melihat kesungguhan seorang ayah menghias anak perempuannya. Malah tidak kurang juga meluahkan rasa rindu zaman kanak-kanak dan berkongsi pengalaman manis bila ayah mereka juga sering mendandan rambut mereka semasa kecil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.