Busy Mother Working From Home On Mobile Phone With Daughter

Al-Quran juga secara khusus telah memberikan penekanan yang luas berkaitan urusan wanita. Allah S.W.T telah membuktikan bahawa kaum wanita bukanlah kaum untuk ditindas, dengan menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama al-Nisa’ yang bermaksud surah wanita. Kandungan surah ini adalah memberi penekanan tentang kepentingan wanita serta pengurusan yang berkaitan dengan wanita seperti nikah kahwin dan penceraian. Selain itu, dinyatakan juga persoalan hak persamaan antara lelaki dan wanita. Allah S.W.T telah berfirman :

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).(kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya.Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

(Surah an-Nisa’ : 32)

Nyata daripada surah itu telah membuktikan kaum hawa sama ada bergelar ibu atau wanita yang belum berkahwin ada bahagiannya jika mereka berusaha. Begitu juga dengan  perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang menjelaskan bahawa wanita sebenarnya bukan kaum yang lemah tetapi mereka adalah golongan yang sentiasa berusaha ingin menyediakan kehidupan yang bahagia untuk suami, anak-anak dan keluarganya.

Ikuti perkongsiannya.

Wanita Kaum Lemah Tapi Boleh Uruskan Rumahtangga Dan Cari Rezeki Serentak. Deep Perkongsian Lelaki Ini

Ads

Wanita adalah kaum yg lemah! Jika benar wanita itu kaum yg lemah, maka tiadalah wanita yg bekerja, yg berniaga utk membantu meringankan beban suaminya…

Jika benar wanita itu kaum yg lemah, maka tiadalah wanita yg boleh melahirkan, membesarkan dan mendidik 10 org anak seorang diri…

Jika benar wanita itu kaum yg lemah, maka tiadalah wanita yg mampu meneruskan hidup setelah ditinggalkan oleh kaum lelaki…

Ads

Frasa wanita adalah kaum yg lemah itu semakin hari semakin disangkal oleh kaum wanita itu sendiri.

Wanita Kaum Lemah Tapi Boleh Uruskan Rumahtangga Dan Cari Rezeki Serentak. Deep Perkongsian Lelaki Ini

Wanita zaman sekarang ini sanggup buat apa saja utk keluarga demi kelangsungan hidup bersama…jika suaminya memerlukan dia utk bekerja, utk berniaga, utk buat apa saja yg boleh meringankan beban suaminya dan memperbaiki taraf kehidupan mereka, maka dia akan turuti…

Ads

Dia akan buat.

Wanita Kaum Lemah Tapi Boleh Uruskan Rumahtangga Dan Cari Rezeki Serentak. Deep Perkongsian Lelaki Ini

Biarpun dia penat, biarpun dia tak kuat…dia lebih sanggup bersusah payah, berpenat lelah, membanting tulang demi sesuap nasi utk keluarga kecilnya…

Jika kita masih memikirkan bahawa wanita kaum yg lemah, maka fikirlah sekali lagi…

Nota kaki : Mari sama-sama kita doakan sis yg didlm gambar ini dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan serta kesihatan yg baik utk terus mencari rezeki…Hati2 bwk motor tu dan besarkanlah anak itu semampunya..

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI