Wanita Juga Perlu ‘Beg Kecemasan’ Dalam Perkahwinan- Dr Ni Bagi Pesan Sila Take Note!

Share

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Kata-kata ini membawa maksud yang tersurat dalam kehidupan kita semua. Begitulah lumrahnya, ada masa kita bahagia ada masa kita diuji derita.

Sementelah buat wanita bergelar isteri, usah terlalu bergantung harap pada suami sepenuhnya. Kita tidak tahu apa terjadi di masa hadapan.

Mana tahu ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada siapa lagi kita iharapkan. Sebabnya sebelum ini semuanya diserahkan pada suami menanggung.

Justeru itu, Dr Azizul Azli acapkali memberi peringatan di akaun facebooknya, bahawa wanita perlu persiapkan diri dengan ‘beg kecemasan’ untuk berdepan dengan kebarangkalian sebelum datangnya ‘bencana’ dalam alam rumah tangga.

WANITA JUGA PERLU ‘BEG KECEMASAN’


1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.

2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.

3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.

4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang Napi ‘ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.

5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.

6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.

7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seoarang anak seperti yang dia nak!

8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.
Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.

9. Yakin pada Tuhan yang Maha Esa sahaja 100%, jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.

“Tak baik buruk sangka pada orang?”
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna. Rambut belah tepi macam Nepal pun, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.

Kawan kawan,
Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.

Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?
Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan. Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.

Kata William Shakespeare,
Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.

Pesan Buya Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.

Sumber : Azizul Azli 

ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!