Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Kata-kata ini membawa maksud yang tersurat dalam kehidupan kita semua. Begitulah lumrahnya, ada masa kita bahagia ada masa kita diuji derita.
Sementelah buat wanita bergelar isteri, usah terlalu bergantung harap pada suami sepenuhnya. Kita tidak tahu apa terjadi di masa hadapan.
Mana tahu ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada siapa lagi kita iharapkan. Sebabnya sebelum ini semuanya diserahkan pada suami menanggung.
Justeru itu, Dr Azizul Azli acapkali memberi peringatan di akaun facebooknya, bahawa wanita perlu persiapkan diri dengan ‘beg kecemasan’ untuk berdepan dengan kebarangkalian sebelum datangnya ‘bencana’ dalam alam rumah tangga.
WANITA JUGA PERLU ‘BEG KECEMASAN’
1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.
2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.
3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.
4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang Napi ‘ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.
5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.
Ads
6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.
7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seoarang anak seperti yang dia nak!
8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.
Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.
9. Yakin pada Tuhan yang Maha Esa sahaja 100%, jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.
“Tak baik buruk sangka pada orang?”
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna. Rambut belah tepi macam Nepal pun, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.
Ads
Kawan kawan,
Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.
Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?
Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan. Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.
Kata William Shakespeare,
Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.
Pesan Buya Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.
Setiap tahun pasti kita akan luangkan masa untuk bercuti bersama anak-anak ke luar negara. Tak salah sesekali bercuti bawa anak-anak, selepas penat lelah
sekolah sepanjang tahun. Mak ayah pun dapatlah berehat sekali.
Pun begitu bawa anak-anak ke luar negara bukan mudah. Ada banyak perkara utama yang perlu dikisahkan. Selain soal perbelanjaan, paling penting adalah soal
keselamatan yang tidak dijangka.
Di lapangan terbang antara salah satu lokasi yang harus diberikan lebih perhatian buat anak-anak kita. Kita nampak selamat tapi sebenarnya ada banyak
jenayah yang berlaku di sekitar lapangan terbang. Bahaya tanpa kita sedar. Jadi mak ayah kena lebih peka.
Perkongsian lelaki ini, Mazlan Zonan buat kita buka mata. Mak ayah kena baca ni. Kita pun turut sama terdedah risiko bahaya.
Jadikan Pengajaran
“Isu travel agent yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport. Isu ini berat, bukan isu kecil. Nasib baik duit, kalau dadah?
Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali
gantung, nak senyum pun tak lalu bang…
1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya. Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang baru yang di beli
sebaiknya anda bungkus sendiri, supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.
2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group-group travel. Biar la check in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang
ada dalam bag kawan tu, kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la.
3. Jangan pernah biarkan beg pack anda tidak berbalut tanpa raincover. Ni boleh membuatkan anda kehilangan nyawa, kerana ada sindiket yang akan
menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda. Kalau anda lepas beg anda akan di curi, kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan
jadi banduan.
4. Jangan berbaik hati offer space luggage untuk orang-orang yang overweight luggage, yang berada di depan or di sebelah anda. Kalau nak tolong dia,beri
duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda. Walaupun terlebih 1-2 kilo jangan la bagi check in beg bawah nama anda. Kalau 1 -2
kilo tu semua ganja, tak pasal-pasal masuk bawah Akta 39B = mati.
5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport. Kalau ada orang mintak tolong, suruh je dia letak dekat pondok polis, kaunter information
atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Maria Ozawa sekali pun, tolong la jangan pegang
kan.
6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut. Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan
cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control. Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di
surau.
7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pun. Takut di masukkan benda-benda terlarang
oleh sindiket-sindiket tertentu.
Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung, semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa-gesa
hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet. Kurang dari 5 minit pemuda itu telah di
kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana.
Ps:- Cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajarannya bukan persoalkan kerja polis.
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae menerima pujian ramai apabila berkongsi rakaman video cahaya mata mereka, Rina yang bersiap-siap untuk ke sekolah.
Pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai “Duriankimchi” itu dipuji kerana berjaya mendidik anak sulung mereka dengan baik biarpun berkahwin campur dua negara.
Satu rakaman video “A Day in My Life X Rina” yang memperlihatkan kegiatan harian Rina sebelum pergi ke sekolah membuatkan ramai yang teruja malah kagum dengan didikan Ryzal dan Maryam.
Seawal pagi Rina dilihat bangun sendiri untuk ke sekolah dan kemudiannya bersolat subuh terlebih dahulu.
“Rina mula berdikari bangun pagi bersiap ke sekolah sendiri,” tulis kapsyen video yang dikongsikan menerusi laman Facebook, @duriankimchi.
Rina kelihatan comel sekali mengenakan telekung merah jambu sambil menadah tangan berdoa. Anak kecil itu kemudiannya bersiap-siap untuk ke sekolah dan bersarapan air tangan ibunya.
Rina juga tidak ketinggalan membantu menyimpan bekalan makanan dan air minuman yang disediakan ibunya ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah.
Biarpun masih kecil, Rina kelihatan sangat pandai berdikari dan boleh berdikari sendiri tanpa bantuan ibu dah ayahnya.
Rata-rata wargamaya memuji sikap Rina dan kedua ibubapanya yang berjaya mendidik anak kecil itu berdikari. Paling dipuji pastinya Rina sempat bersolat subuh.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam memilih untuk kembali ke tanah air pada PKP yang lalu. Rina anak sulung mereka turut dilahirkan di Malaysia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...