Wanita Jepun, Saki Tamogami Belanja RM6 Sehari Untuk Makan, Manusia Paling Jimat

Share

Wanita Jepun, Saki Tamogami belanja RM6 sehari untuk makan, manusia paling jimat. Wanita berusia 37 tahun itu hanya membelanjakan 200 yen (RM6) untuk makanan hariannya sehingga mampu membeli tiga buah rumah.

Wanita Jepun, Saki Tamogami Belanja RM6 Sehari Untuk Makan, Manusia Paling Jimat

Saki Tamogami yang juga ejen hartanah, dikenali sebagai wanita Jepun paling berjimat cermat. Komitmennya membelanjakan wang pada jumlah sedikit bagi menampung keperluan diri.

Katanya, tabiat itu membantunya menyimpan wang mencukupi untuk mencapai matlamat membeli hartanah.

“SAYA TETAPKAN MATLAMAT ITU PADA UMUR SAYA 19 TAHUN. PERKARA PERTAMA SAYA BUAT IALAH BERHENTI MEMBELI PAKAIAN BAHARU, SEBALIKNYA MENERIMA PEMBERIAN DARIPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN SERTA MENJAGA PAKAIAN YANG SUDAH ADA BAIK.

“Saya juga mengurangkan perbelanjaan makanan dan bergantung pada hidangan murah seperti mi udon dan roti bakar.

“Selepas lapan tahun hidup berjimat cermat, saya dapat membeli rumah pertama, sebelum mencapai matlamat untuk memiliki tiga rumah pada 2019,” katanya.

Pada 2019, Tamogami muncul dalam program televisyen Jepun, Happy! Bomby Girl dan mengejutkan seluruh Jepun dengan tabiat berjimatnya itu yang dianggap melampau.

Tamogami menjelaskan secara terperinci mengenai minatnya untuk menyimpan wang dan mendedahkan dia jarang melebihi 200 yen sehari untuk makanan.

SELAIN ITU, DIA JUGA MENJADIKAN RAMBUTNYA SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MEMOTONG DAN MENJUALNYA PADA HARGA KIRA-KIRA 3,100 YEN (RM92.43) APABILA IA CUKUP PANJANG.

“Kos ini boleh menampung bajet makanannya selama setengah bulan,” katanya.

Akuinya memang sukar untuk menjalani kehidupan begitu, tetapi dia sudah terbiasa dan selesa dapat menyimpan wang, selain gembira melihat baki akaun banknya bertambah.

Pada usia 27 tahun, Tamogami berjaya menjimatkan wang daripada gajinya sebagai ejen hartanah untuk membeli sebuah rumah di Saitama, utara Tokyo, dengan nilai 10 juta yen (RM298,149).

Dia menyewakan rumah itu dan menggunakan sewa bulanan terbabit untuk membayar pinjaman serta meneruskan hidup berjimat cermat sebaik mungkin.

BEBERAPA TAHUN SELEPAS ITU, DIA MEMBELI RUMAH KEDUA PADA HARGA 18 JUTA YEN (RM536,668.20), MANAKALA RUMAH KETIGA DIBELI LIMA TAHUN LALU PADA HARGA 37 JUTA YEN (RM1.1 JUTA).

Walau hartanahnya membawa pulangan, wanita itu masih hidup berjimat cermat untuk membantu kucing liar yang diselamatkan.

Dia membuka kafe kucing di tingkat bawah salah sebuah rumahnya dan bercadang untuk melabur dalam hartanah lain pada masa hadapan.

Kisah Tamogami meraih pelbagai reaksi dengan segelintirnya memuji wanita itu kerana semangat dan dedikasinya menyimpan wang manakala sebahagiannya mengkritik kerana mengabaikan kesihatan diri disebabkan mengambil makanan murah yang kurang nutrisi.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Wanita Ni Kongsi Idea DIY Deko Dapur Kecil, Cantik & Kemas Guna Langsir Je. Tak Perlu Pintu, Jimat Ruang!

Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Wanita Ni Kongsi Cara Mudah & Jimat Buat Rak Penyangkut Tudung. Hanya RM30 Jer, Simple Tapi Kemas!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my