Motivasi

Wanita Jaga Ibu “Bedridden”, Pelajar UKM “DIY” Katil Untuk Mudah Bergerak

Share

Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).

Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.

Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.

Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.

GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK

Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.

Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.

Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.

 

@aisyahishak5 Reply to @user3834649764553 ♬ bunyi asal – Aisyah Ishak

Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.

 

@aisyahishak5 #CapCut ♬ Buah Hati – Armada

BELI ALAT KAWALAN BANTU IBU AYAH DI ATAS TALIAN

Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.

“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.

Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.

Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.

“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”

“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”

“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”

 

 

 

MESTI BACA: “Mama Suruh Sambung Belajar Tapi Bella Nak Kahwin” Ucapan Hari Ibu Dari Bella Astillah Buat Ramai Sebak

Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur Sedia Layanan Istimewa, Rai Momen Hari Ibu

Baju Raya Terakhir Ibu, Anak Kembar Mangsa Nahas Helikopter Luah Isi Hati

SUMBER: BuzzKini

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my