Bila lihat kediaman yang cantik dengan susun atur kemas dan menarik, membuatkan hati teringin untuk berbuat demikian. Tetapi ada banyak hal yang membatasi untuk berbuat demikian. Termasuklah modal, masa dan sebagainya.
Bagi puan Raja Nor Fauzura menerusi satu perkongsian memberitahu, dia mengambil masa lebih kurang 12 tahun mendiami kediaman tersebut. Ternyata penantian sangat berbaloi kerana sangat menarik mata memandang.
Keluarga ini hanya mengeluarkan modal bernilai RM 35 ribu untuk mengubah suai kediaman tersebut untuk tampak lebih fresh dan baru. Tempoh ubah suai tersebut hanya mengambil masa sebulan untuk menyempurnakan rumah idaman wanita ini.
Pilihan perabot yang minimalis namun eksklusif ditambah pilihan warna cat membuatkan rumah teres dua tingkat itu tampak moden dan mewah. Jom ibu-ibu kita cuci mata, mana tahu dapat ilham untuk kediaman kita sendiri nanti.
Alhamdulillah transform rumah selepas 12 tahun mendiami.
Rumah Teres Low Cost 2 tingkat.
Dapur sempit sebab kami berniaga kek di rumah, Ada 1 oven industry, 1 peti ais kaca 2 pintu, 1 freezer, 1 fridge, 1 mixer.
Renovation major bahagian dapur, pecah semula dan naik slab, pecah table top dapur asal, pecah pembahagi ruang tamu & dapur agar lebih luas pandangan, tambah 4 kaki ke belakang untuk tempat oven & peti ais kaca, pasang sliding door di belakang.
Lain lain tukar plaster siling Dari dapur hingga ke ruang tamu.
Tempoh renovation : 1 bulan (5.1.20 – 5.2.20)
Cost renovation : 35k
Selain ruang tamu yang berubah wajah dengan garapan dekorasi moden, dapur juga turut dibuat pengubahsuaian.
Wajah dapur sebelum ubah suai
Dapur yang mendapat sentuhan baru
Susun atur ruang dapur yang ringkas namun kemas dipandang.
Dapatkan kelengkapan rumah di SINI
5 Teh Untuk Kurus, Suami Boleh Sediakan Jika Nak Isteri Cantik Dan Langsing
Teh selalu dianggap ‘jahat’ kerana dikatakan bersifat angin. Hakikatnya teh terkandung banyak khasiat untuk tubuh apa lagi dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau misalnya, amat baik untuk tubuh malah merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.
Khasiat teh hijau amatlah banyak kerana mengandungi antioksida dan nutrisi malah mampu meransang perkembangan otak dan paling penting mengurangkan lemak dalam badan. Hebat!
Ketahui lima jenis teh yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Teh 1: Teh Hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengandungi antioksida yang cukup tinggi malah paling utama boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan
kadar metabolik. Jadi bagi yang nak kurus, minumlah teh hijau setiap pagi. Rasanya pun boleh tahan sedap.
Teh 2: Teh Oolong
Teh ini berasal dari China dan diambil secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Teh 3: Teh Pudina
Teh ini paling senang kalau nak buat sendiri. Ambil daun pudina dan masukkan ke dalam teh panas. Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik
yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil
adipocytes. Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih.
Teh Halba
Sedikit sentuhan tradisional tetapi cukup berbaloi buat tubuh. Gabungan teh dan halba yang cukup banyak khasiat ini buat tubuh berganda. Halba yang tinggi
khasiat membantu mengurangkan pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan berat badan atau kegemukan.
Jom cuba buat sendiri di rumah. Suami pun boleh bantu buatkan kalau nak pastikan isteri sentiasa cantik dan sihat.
Selamat mencuba
“Sentiasa Tunggu Birthday Wish Jejai Untuk Anak.” Sebak Lihat Rayqal Membesar Dengan Cepat, Luahan Jejai Bikin Ramai Tersentuh
Setiap kali menjelang hari lahir anak-anaknya, pasti Jejai tidak lupa membuat titipan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Terbaru, pemilik nama sebenar Rizal Ashram Ramli memuatnaik ucapan istimewa bersempana dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayqal Ramli yang kini telah menginjak usia 13 tahun.
Dalam ucapannya, Jejai mengakui sebak apabila melihat perubahan anaknya yang kini sudah pun semakin meningkat remaja.
“Dearest Rayqal, 13 years ago you entered the world, it all changed, I became a father. It seems very recent. When u were small I remember how you snuggled into a warm little ball in my arms, I studied every inch of you, looking at your tiny fingers and tiny toes.
“Sayang, things are changing, just as they are supposed to change, because you are growing up. It’s kind of a difficult transition for me, I cant imagine how difficult it is for mummy seeing things changing so quickly before our eyes. But you should know I am incredibly proud of the young man you have become.
“So many things happened this past year, your voice changed, you grew taller than mummy and the most memorable and difficult one was when I had to send you to boarding school. I didn’t know how you were going to cope, but I was so happy when you told me that you loved it over there. I don’t know exactly what you will do or who you will be five years from now, but I hope that the path you are charting for yourself is good.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa anaknya itu kini tidak akan selalu berada di sisi nya dan adakalanya dia harus berhadapan dengan masalahnya sendiri.
“But I am afraid for you too, I can’t always save you in the ways that I once could. When you were younger, I could stop you before you crossed the road or grab your hand before you touched something dangerous.
“Now you are facing problems that aren’t always visible to me, youu are maturing, managing your own self. I tell my self that it is part of growing up and I have to accept it. But if you can slow down just a little, I will be fine with that, too 😂.
Dalam masa yang sama, dia menitipkan pesanab supaya anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.
“Sayang customary advice I write to you yearly on your birthday, ingat selalu kepada Allah, hormati ibu, bapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Jadilah seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“I have one job. It is to be the best parent I can be. I hope I have done it well enough. I love you sayang! Happy Birthday! Love Always and forever.”
Perkongsian ucapan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah membuatkan ramai tersentuh hati selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Raykal.
Sumber: rizalashramrnt
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Isteri Kita Tak Sama Dengan Orang Lain, Suami Jangan Sekali-Kali Buat Perbandingan!
Bila suami mula menunjukkan sikap berbeza, hati isteri mana yang tidak rasa tersentuh. Rasa sedih bila mana dipinggirkan suami, apa lagi bila suami mula buat perbandingan dengan orang lain.
Sayu hati seorang isteri. Sudahnya isteri mula berjauh hati dan mula tawar hati dalam semua hal.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Salam sayang
Kredit: Marlia Ramli