Apabila nyawa dicabut oleh malaikat maut iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (telah ditetapkan oleh Allah). Ia berlaku dan tidak ditunggu sesaatpun jika itu adalah masanya.
Begitu juga kisah yang dipaparkan oleh seorang wanita, Chie Chiey
ini sungguh meruntun jiwa apabila tidak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah untuk meraikan hari jadi ibu bersama ayahnya.Kisahnya bermula apabila dia sendiri dimasukkan di wad kerana masalah kesihatan dan pada masa yang sama berbersebelahan dengan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Siti Nurfadzilah.
Dalam tempoh berada di wad sama dengan katil bersebelahan, wanita ini sempat berkongsi rezeki dengan permintaan kanak-kanak ini. Namun, sebak di hati apabila permintaan terakhir kanak-kanak itu itu tidak sempat ditunaikan setelah menemui ajal.
Ikuti kisah kemanusiaan ini yang begitu meruntun jiwa.
Wad pembedahan
Bilik 8
Bagaimana mungkin saya tidak terkesan dengan pemergiannya. 4 malam saya berjiran dengan dia.
Kisahnya…
Gadis berbadan kecil, berumur 13 tahun. Di jaga oleh mummynya. Dia warded awal sikit dari saya 26.7.19. Saya warded 27.7.19. Saya warded 4 malam.
4 malam tu juga saya dengar dia menanggis, meraung malam malam dan subuh bila kena cucuk jarum ambil darah. Kadang doktor tidak jumpa urat yang boleh dapat darah. Cucuk sampai 4 kali baru dapat. Setiap hari 2 kali kena ambil darah..
Sampai dia cakap, mummy jangan lagi kasi benar derang cucuk saya. Sakit.. Saya tidak tahan lagi. Saya tidak kuat lagi. Begitulah hari hari saya dengar.
Dia cuma sakit perut. Tapi daripada CT scan doktor cakap appendix bengkak. Saya curi curi dengar kalau doktor pakar datang.
INGIN MAKAN KFC
Gadis ni tidak selera makan, jadi risau juga kalau dia tidak makan. Mamanya cakap dia mau makan KFC tapi tidak tau mana mau beli. Saya pesan sama suami belikan dia KFC..malam tu juga dia makan KFC. Esoknya dia mau makan uncle bob pula. Syukur dapat tunaikan juga.
Yang sedihnya, mummynya mau belikan makanan.. dia kumpul kumpul duit syiling. Lepas tu tidak jadi. Mungkin dia rasa dia tidak cukup duit.
Syukur juga suami murah hati, dia hulurkan sedikit duit untuk mummynya. Lepas tu barulah mummynya turun beli makanan, vitagen…etc
Tarikh: 30.7.19
saya check out pada 30.7.19
Saya bertukar nombor telefon sama mummynya.
Nanti datang datang lawat kami aa dia bilang dalam loghat Ranau. InsyaAllah saya jawab.
Saya cuma dapat melawat dia pada 2.8.19 sebab saya pun baru juga keluar wad. Walaupun jalan macam siput saya gagahi juga. Sambil sambil hantar bekalan nyawa mummynya. Mummynya makan sirih, pinang, monginggat bah. Dia kehabisan bekalan.
Masa jumpa dia, dia kelihatan lagi tidak bermaya daripada hari sebelum saya discharge. Saya ada belikan dia bubur MCD, saya cuba suap dia tapi dia tidak mau. Dia cakap tidak ada selera. Saya merayu lagi, adik kesian tau anty bawa makanan ko tidak makan. Tapi tidaklah saya paksa. Saya pesan adik, kalau adik mau cepat keluar dari sini adik kena makan supaya adik kuat saya cuba memujuk.
KEK BUAT HARI JADI IBU
Saya tanya lagi ada apa yang adik mau makan anty pergi beli?
Dia cakap mau makan pizza sama kek tapi tidak mau kek coklat.
Perbualan terakhir kami
Adik: anty boleh ka anty beli cheese kek? Tulis di kek happy birthday mummy..
Me: boleh… Kek tu mau bila hari ini atau esok?
Adik: esoklah.. Sebab esok daddy saya datang.. Mau celebrate sama sama daddy. Anty jangan lambat aa…
Me: insyaAllah adik..sambil peluk dia.
Adik: Dia peluk saya erat erat. Kan bagus kalau anty di sini. Anty datang lagi kan.. Anty, kalau saya mau balik ranau sudah anty hantar ka?
Me: insyaAllah dik.. Telefon saja anty.
Tarikh 3.8.19
Saya siap beli pesanan si adik. Pizza, kek seperti yang di minta. 11.30 saya telefon mummy nya…hati berbunga bunga..tidak sabar mau jumpa bagi dia happy…dia mau celebrate birthday mummy.
Tapi..
Hello kak, kakak masih di wad yang sama? Saya mau datang ni.
Tidak adik, saya sini rumah mayat.. Anak saya sudah tiada……
Saya meraung…. Tidak percaya… ALLAH…..
Lemah tulang tulang saya. Saya tidak dapat tahan sebak.. Adik adik… Maaf adik, anty lambat… Anty tidak sangka begitu cepat kau pergi…
Menurut mummynya, dia hembuskan nafas 8.04am..
Saya tunaikan juga janji hantar kau adik. Doakan kami agar dipermudahkan urusan kami mencari kampung Lipasu Lama ranau.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman