Rumah adalah sebuah kediaman untuk suami isteri membina sebuah kehidupan yang bahagia bersama anak-anak.
Untuk memberi hidup yang lebih sempurna, ada isteri memilih untuk bekerja selepas berkahwin. Walaupun sudah mempunyai anak, masa tetap dibahagia dengan sempurna agar suami dan anak-anak tidak terabai.
Begitulah yang dipraktikan oleh seorang wanita mengenai pengurusan masa dalam sebuah rumahtangga. Nak tahu caranya, ikuti perkongsiannya.
ISTERI YANG BEKERJA
Saya isteri yang bekerja. Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.
Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur.
Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni,
Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga.
TIMELIME 2 JAM SAHAJA
Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:
1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya 2. Rumah tidak terlalu bersepah 3. Perut masing-masing kenyang 4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap 5. Kami semua gembira
Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.
BUAT YANG MAMPU AJE
Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar.
Ads
Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.
Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah.
Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin?
Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron. Apedehal.
INI WAJIB BUAT
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:
1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi.
Ads
4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.
Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita.
Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik.
Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.
Tapi, percayalah,
Kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja.
Saya teguh dengan modul ‘penat sama sama, rehat sama sama’. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai!
Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga.
Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita.
Ads
Doa banyak banyak pada Allah…ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah….doa begitu selalu.
Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga.
KISAH HIDUP SENDIRI SETELEH 10 TAHUN RUMAHTANGGA
Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang.
Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah…agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.
Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!
Rileks k, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya.
Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu.
Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang. Bisikan syaiton sungguh!
Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta.
Ciptalah.
(Eh ya Allah, bila aku baca balik, panjangnya! Anda dah baca sampai bottom line ni kira tahniahlah! )
Semua maklum anak sulung adalah anugerah terindah dan terawal yang ibu ayah peroleh yang dijaga dengan baik bak menatang minyak yang penuh. Pentingnya anak sulung apabila semua perkara tentang anak ibu ayah belajar dari mereka dan dipraktikkan untuk adik beradik yang lain.
Menjadi anak sulung bukanlah satu perkara mudah dan ia juga dianggap satu beban kerana ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi dalam diri mereka. Sikap seorang anak sulung sering dikaitkan dengan seorang yang tegas dan garang dalam apa-apa perkara sehingga menyebabkan dia terlalu bossy dan melampau.
Perkara ini diulas dengan lebih lanjut oleh Taufiq Razif di laman Facebooknya. Ibu bapa patut alert dengan 3 tanda anak sulung terlampau bossy. Bahaya kalau biarkan.
3 TANDA ANAK SULUNG TERLAMPAU BOSSY, BAHAYA KALAU BIARKAN
Anak sulung ni memang natural born leader tapi kalau salah cara didiknya, sifat leadership anak sulung boleh bertukar jadi sifat bossy.
1. Suka tengking adik-adik.
2. Nampak adik-adiknya ketakutan selalu.
3. Dia suka bagi arahan yang terlalu menekan pada adik-adiknya.
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung. Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan:
1. Anak sulung jadi pemarah
– Mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya.
2. Anak sulung jadi terlampau sensitif (oversensitive)
– Anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.
3. Anak sulung jadi terlampau dominan (bossy)
– Anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai.
4. Anak sulung berubah perangai (first born syndrome)
– Anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa dan ahli keluarga.
5. Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam
– Anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka tak akan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti.
6. Gagal dalam hidup mereka
– Anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain.
Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan kerana akan mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya. Kita sebagai ibu bapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita.
Tentu ada antara kita mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga dimusim perayaan ini. Mungkin juga telah lama merancang untuk menjejakkan kaki ke negeri Sabah.
Di sini dikongsikan tip untuk memudahkan anda sekeluarga untuk ke sana.
TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG, SABAH
Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.
Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.
Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun tanpa ada pemandu pelancong!
1.Tempah Homestay untuk 1 malam di Kundasang.
✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
✔Tempah homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.
✔TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!
P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.
2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.
✔Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.
✔TIPS – Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.
3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park
✔TIPS – Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.
✔TIPS – Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.
4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS – Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.
✔Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!
5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.
✔TIPS – Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak
6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.
✔TIPS – Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menaiki canopy walk. perjalanan ke canopy walk ala-ala jungle treking. Pastikan anda tidak memakai Kasut Tumit ya?? 😉
7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!
8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS – singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.
Inilah petua paling mudah untuk sang suami nak panjang umur. Menurut satu kajian, peluakn boleh membuatkan seseorang itu panjang umur. Jadi, untuk anda bernama suami, jangan stres. Peluk isteri untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari mungkin membantu anda panjang umurnya sehingga lima tahun.
Fakta tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungkait antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Kajian mendapati, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu suami yang ingin isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Hubungan seks dengan penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk kekal awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Fadhilat mencium suami
Apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga jika dia kucup dahi isteri. Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami atau dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Fadhilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Selain itu, anda juga boleh praktik tip ini jika mahu pasangan anda bahagia:
Jangan kedekut untuk luahkan rasa sayang anda pada isteri. Lihat lah nanti betapa berserinya wajah mereka bila anda mengucapkan ‘terima kasih syaang’ atau ‘saya sayang awak’. lagi bagus kalau anda ucapakan ‘I Love U’. Perghhhh sampai ke telinga senyuman sang isteri!
Penat macam mana sekali pun, jangan lupa untuk bergurau senda dengan pasangan anda. Mereka juga penat, jadi hilangkan rasa penat dengan mengusik pasangan baik dengan ayat power anda. Asah semula bakat mat romeo anda tu, mesti isteri suka!
Usah malu untuk menzahirkan rasa sayang anda pada pasangan dengan pelukan dan ciuman. Jangan jadikan faktor usia untuk menghalang anda berbuat demikian, lagi tua lagi la anda patut tunjuk contoh betapa sayangnya anda pada pasangan. Sekali gus memotivasikan anak-anak dan menantu. Cuma janganlah melebih-lebih pula, karang ada aksi 18SX yang tak sesuai ditonton1
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...