Wanita Ini Kongsikan Petua Segarkan Kembali Wajah Guna 3 Bahan Di Dapur. Yang Ada Masalah Kulit Berminyak Pun Boleh Cuba!

Share

Kesibukan dengan urusan rumah tangga dan anak-anak membantutkan ibu-ibu dalam mengambil berat bab penjagaan diri.  Apa lagi nak ke spa untuk memanjakan diri.

Sibuk macam mana pun, kena juga curi sedikit masa untk belai wajah, usah biarkan ia kusam tak bermaya, tamabh-tambah lagi jika anda penat menguruskan segalanya.

Jom kita cuba petua masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni jika mahu menyegarkan muka dan sekaligus mengembalikan rasa ceria.

Hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur tak perlu anda ke spa jika tiada masa. Selain menyegarkan kulit, masker ini juga sesuai buat anda yang memiliki kulit wajah jenis berminyak.

RAHSIA HAPUSKAN KULIT BERMINYAK

Jarang orang buat camni.tapi sangat berkesan.
Tak percaya cuba u buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.

Masker Untuk Kulit Berminyak

Bahan-bahan

  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Cara membuat:

Cara nak buat masker ni senang je.

  1. Campurkan bahan

Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.

Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.

2. Sapukan pada wajah

Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.

3. Biarkan sekejap

Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.

Wajah anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

4. Bilas dengan air suam

Selepas bilas dengan air suam, wajah akan menjadi segar seketika, bebas minyak dan makin putih berseri.

Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

Tip Kesihatan:

Oatmeal, selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.

Telur memiliki fungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Gunakan campuran oatmeal dan telur (putih telur) sebagai masker wajah untuk perawatan kulit berminyak.

http://bit.ly/2zdMdAa
http://bit.ly/2zdMdAa
http://bit.ly/2zdMdAa

Sumber: FB Yanie Rosdi