Semua wanita ingin memastikan sayur yang di beli di pasar kekal segar. Boleh lah berjimat cermat. Juga nak masak pun boleh guna bahan masakan dengan mudah. Ambil semua dalam peti ais tak perlu ke kedai dah.
Tapi nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu. Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mu rosak.
Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran. Jom ikuti cara wanita ini puan, Noor Hafiza Mohamad.
Ikuti tip ini.
SIMPAN DALAM BOTOL
Sayur jangan letak di bahagian hujung peti ais nanti daunya jadi beku. Rujuk video lanjut.
Ads
BAWANG PUTIH DAN CILI PADI
DAUN BAWANG
-Simpan dah seminggu, pastikan daun yang rosak di buang 3 hari elak dia bercampur dan rosakkan daun lain. Jangan biarkan dua minggu nnti daun tu rosak.
Ads
CILI DAN KETUMBAR SEGAR SEHINGGA SEBULAN:
-Tukar tisu lapik cili bila basah dan basuh daun ketumbar 4 hari sekali. Rujuk video
Baru-baru ini di akaun TikTok rasmi Skop Productions ada dimuat naik rakaman video di sekitar rumah banglo 6 tingkat milik Datuk Yusof Haslam. Dikatakan video tersebut dibuat bagi memenuhi pemintaan pelajar intern yang begitu teringin untuk melihat kawasan persekitaran yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Sembilu Kasih.
‘Lawatan’ dimulakan di ruangan gelanggang badminton dengan Datuk Yusof Haslam berkongsi kenangan di mana lokasi tersebut sering menjadi tempat bermain buatnya bersama Syamsul.
Dapat dilihat betapa Datuk Yusof Haslam seorang insan yang meskipun dari luarannya nampak serius namun rupa-rupanya sangat baik orangnya dan begitu ramah ketika melayan karenah pelajar intern dengan lawak-lawak spontan yang mencuit hati.
Apa yang lebih mengujakan lagi, siapa sangka di kawasan rumah mewah tersebut Datuk Yusof Haslam turut ada menternak ayam, itik, kambing dan beberapa haiwan lain.
Meninjau di ruangan komen, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Bukan sahaja seakan tidak percaya Datuk Yusof Haslam ada menternak ayam itik di kediamanan mewahnya.
“Ingat kan dato main2 bab ayam itik kambing2 tu..rupa nya ada bela betul ehh..terbaik laa dato..” tulis netizen.
“Besor btul kwsn umh dato…nie klau jln2 tgk kliling umh.. blik umh kena urut kaki..,” kata yang lain pula.
“Ingat Kan Dato nmpak tegas garang rupanye dato perama kelakar semoga Dato sihat selalu,” komen yang lain pula.
“Betul² manafaatkan tanah, ruang & peluang. Alhamdulillah. Terbaik Dato’👍👍👍👏👏👏,” tulis yang lain.
Pantang tak puas hati kat orang, up status! Marah kat orang, up status! Tak nak nampak salah, up status!
Sekarang ni kalau ada apa-apa, dah tak payah sembang berbisik menyampai berita, buka saja media sosial, ada sahaja perkongsian berbaur luahan perasan.
Waktu tu mula la, barisan netizen, makcik bawang mulakan tindakan dengan tanya itu ini, nak korek rahsia punya pasal!
Awas ye! Siapa yang ada ‘hobi’ seperti di atas, ubah-ubahlah! Nak tahu sebabnya? Jom baca perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni!
STATUS FACEBOOK YANG MENGHANGUSKAN SEGALA AMAL SOLIH
Keghairahan warga media sosial akhir-akhir ini meng’upadte’kan status berunsur fitnah pada dinding facebook masing-masing seolah berlumba-lumba menghancurkan segala pahala amal solih yang telah dihimpunkan dengan susah payah selama ini.
Tidak pernah lagi kita lihat sebelum ini ramainya yang melakukan dosa fitnah seramai hari ini. Seolah-olah fitnah adalah satu kewajipan dalam hidup dan tanpa menfitnah hidup terasa lesu jadinya.
Kepada yang masih beriman dengan Allah, berhati-hatilah dengan budaya fitnah ini kerana ia akan merosakkan masyarakat, negara apatah lagi empunya diri.
Fitnah adalah dosa besar, bersetuju dengan fitnah juga turut sama berkongsi dosa. Bukan sahaja mendapat dosa bahkan pahala yang sudah ada pun akan hangus dan akhir sekali tempat duduknya adalah neraka.
“Sunggguhnya Rasulullah saw bersabda : Adakah kamu sekelian tahu siapa orang yang muflis?
Jawab para sahabat : Setahu kami orang yang muflis ialah orang yang tidak ada wang dan harta benda.
Maka bersabda Rasulullah saw : Orang yang benar-benar muflis dari kalangan umatku ialah orang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat. Dan dibawa bersamanya juga dosa memaki orang, menuduh orang, memakan harta orang, mencederakan orang dan memukul orang. Maka akan diambil pahalanya lalu diberi kepada orang itu dan diambil lagi pahalanya lalu diberi kepada orang ini. Maka jika telah habis pahalanya dibahagi-bahagikan kepada orang yang dia zalimi sebelum selesai membayar hak orang maka diambil pula dosa-dosa orang yang dia zalimi itu lalu dipikulkan ke atasnya kemudian dia dicampak ke dalam api neraka.” (Hadith Imam Muslim)
Jelas disini orang yang menfitnah seseorang akan diambil semua pahalanya untuk diberikan kepada orang yang dia fitnah kemudian semua dosa orang yang dia telah lemparkan fitnah itu akan dipikulnya lalu akhirnya dia dimasukkan ke dalam api neraka.
Taubat orang yang menfitnah seseorang tidak diterima sekalipun dia bertaubat di dalam Ka’bah atau sampai menangis mengeluarkan air mata darah melainkan dia mesti meminta orang yang dia fitnah itu menghalalkan semua dosanya itu sebelum meninggal dunia.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, sah bergelar isteri lelaki penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad.
Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat suri hatinya.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah pasangan ini turut dihadiri 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan saudara terdekat. Pasangan ini juga belum ada perancangan tarikh Untuk majlis resepsi.
Usai majlis, Uyaina melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
“Asalnya pelamin yang ditempah adalah berbeza namun sehari sebelum majlisnya berlangsung pihak perancang perkahwinan terbabit memaklumkan gudang penyimpanan kelengkapannya yang terletak di Puchong, Selangor telah musnah akibat banjir.
“Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘Arabian Night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.
“Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus banjir pada Ahad lalu.
“Kami terpaksa berlapang dada.Mujurlah ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir.
“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Selain itu, kata Uyaina, dia dan suaminya sangat tenang dalam berdepan dengan ujian yang melanda meski sedar hari bahagia mereka seharusnya berlangsung dalam keadaan sebagaimana yang dirancang.
“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.
“Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan,” ujarnya.
Sebelum ini, mereka memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkn ekoran Varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.