Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa. Namun tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat.
Lantaran itu, pastikan tubuh anak terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna ibu bapa perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.
Kewajipan berpuasa adalah kepada muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak mulai usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan anak puasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada anak-anak, sesuai dengan fitrahnya bertahap-tahap.
Ikuti panduan ini.
Tempoh puasa
Mulakan dengan beberapa jam, mungkin 2-3 jam, kemudian separuh hari, berbuka ketika zohor, kemudian asar dan sehinggalah anak berlatih mampu menahan dirinya tidak makan seperti mana orang dewasa sehingga maghrib.
Bangun awal sahur
Begitu juga dalam amalan bersahur, kejut dan didik untuk bangun awal. Sekiranya belum baik, benarkan untuk bersarapan dan terus dorong untuk puasa semampunya.
Sokongan
Sokongan dan dorongan secara lembut hendaklah seiring dengan latihan ibadah puasa yang diterapkan. Aspek emosi, perasaan anak dan empati ketika mereka melalui fasa sukar berpuasa mestilah dikomunikasikan. Ini penting agar anak tidak melihat ia sebagai latihan yang menderitakan dan tidak manusiawi. Gambarkan dan sampaikan kepedulian pada anak melalui sentuhan, dan kata-kata yang mengiyakan.
Ads
Kesihatan anak
Perhatikan kesihatan anak. Anak yang tidak sihat jangan diminta berpuasa. Anak yang pucat, lesu bergolek menahan sakit perutnya jangan diminta bertahan untuk berpuasa.
Mindset masyarakat anak harus berpuasa penuh bermula 6 tahun atau lebih muda sesungguhnya memberatkan kanak-kanak. Ini terlihat dengan kata-kata yang diusahakan dalam perbualan masyarakat secara lazim, “puasa penuh tak”, ” Mesti puasa penuh, dapat seringgit sehari”, atau “tahanlah sikit lagi, sayanglah kalau berbuka dah dekat nak buka” sedangkan anak bergolek pucat menahan kelaparan. Banyak lagi contoh komunikasi yang menggambarkan mindset begini.
Anak yang terlatih dengan ibadah solat akan membaiki ibadah puasa, dengan bimbingan orang tuanya dan ia mengambil masa sesuai dengan usianya untuk di tarbiyah begitu. Pendidikan solat harus tidak bermusim, bermula dari kecil sepanjang masa dan terlihat pada diri ibu bapa dan anak-anak.
Jadikan Ramadan bulan yang seronok
Ads
Gambaran terhadap bulan Ramadan juga perlu diolah agar memberi keseronokan buat kanak-kanak. Raikan kedatangan Ramadan itu seperti menyambut kedatangan Hari Raya.
Hidupkan keseronokan berbuat baik dengan memberi perhatian kepada semua amalan baik yang perlu dihidupkan setiap hari, dan tambahkan dengan aktiviti seiring dengan objektif amalan baik yang mahu diterap. Promosikan semua kebaikan seperti kutip sampah, senyum, berkongsi, bantu ibu ayah, kemas peralatan, membaca buku, bermain dengan baik dan pelbagai lagi, tidak marah dan tidak bergaduh.
Jadikan Ramadan sebagai bulan yang membawa kebaikan sebenar-benarnya, sehingga dapat dirasai sang anak kecil. Kebaikan kepada masyarakat, jiran, suami isteri, anak-anak, dan kebaikan terhadap diri sendiri.
Begitu juga Ramadan dihidupkan sebagai bulan pesta ibadah. Ramadan sebagai satu pesta kemasyarakatan. Masyarakat sering bertemu, bersama, berbuat baik, menyatu dalam ketaatan kepada Allah. Libatkan anak-anak dalam ibadah solat, utamakan kepada solat fardhu, solat terawikh istimewa Ramadan dan solat sunat lainnya.
Kenalkan amalan semasa berpuasa
Perkenalkan mereka dengan masjid ketika iftar jamaie, solat jemaah, dan iktikaf. Kongsikan keistimewaan masjid sebagai rumah Allah. Keistimewaan tetamu Allah. Begitu juga Al Quran, lazimi al Quran setiap hari dengan anak di bulan Ramadan, semoga ia kekal bersama keluarga selepas Ramadan. Jadikan ia acara keluarga, bukan kita seorang diri sahaja yang mahu khatam Al-Qur’an tetapi bawa keluarga kita bersama.
Ads
Sedekah juga harus dilazimi setiap hari agar amalan ini terpahat dalam amalan anak-anak secara semulajadi. Bangkitkan kepedulian kepada umat Islam yang susah kerana miskin dan kerana penindasan peperangan. Bawa berjumpa keluarga yang sempit hidupnya agar anak-anak terbuka minda melihat sesuatu yang membina keinsafan dan kematangan mereka kerana anak-anak terbatas kefahaman mereka, mereka dapat memahami apa yang dapat ditanggapi (dilihat) dengan mata mereka sahaja.
Meskipun mereka mungkin terbatas dalam memahami puasa dan belum sempurna latihan puasa mereka, jangan ditinggalkan pengajaran lain yang boleh disuburkan Ramadan ini. Hidupkan kebaikan dan ibadah Ramadan selari dengan latihan berpuasa.
Buat aktiviti mengenai bulan Ramadan
Meraikan fitrah anak juga, semua pengajaran, isi, content yang ingin ditarbiyahkan itu mestilah dilihat sebagai seronok, dan ada aplikasinya. Bukan sekadar kata-kata. Maka setiap hari perlu dibuat aktiviti sokongan mengenai fokus pengajaran pada hari tersebut. Aktiviti sokongan akan membantu kefahaman anak tentang sesuatu objektif pengajaran. Ia boleh berbentuk kraf, story telling, lakonan, video, lawatan, penghasilan buku skrap dan banyak lagi idea kreatif.
Aktiviti boleh menggunakan pelbagai produk sokongan Ramadan yang ada atau ibu bapa boleh DIY sendiri. Malah setiap aktiviti ini dapat diolah menjadi penulisan berbentuk 3M (membaca, menulis, mengira). Perancangan yang baik akan membantu ibu bapa.
Jadual Ramadan
Apabila cuti persekolahan mengambil 10 hari dari Ramadan tahun ini, buatlah jadual harian yang akan membantu perjalanan anak-anak bersama ibu bapa di rumah. Ada 3 kategori jadual Ramadan. Jadual utk hari anak bercuti tetapi ibu ayah bekerja, jadual Ramadan di hujung minggu dan Jadual Ramadan ketika hari persekolahan.
Persiapan rapi amat membantu semua keluarga menghadapi Ramadan. Berbeza dengan apabila kita belum ada tanggungjawab keluarga, semoga Allah memudahkan jalan hambaNya yang berusaha. Semoga Allah menemukan kita dengan Ramadan.
Malang tidak berbau, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang suri rumah mengalami kecederaan parah pada bahagian paha kiri, lengan serta kaki kanan selepas terkena serpihan jubin yang meletup akibat disambar petir. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kuala Rimau, Mukim Air Putih.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).
Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.
“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong… selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.
“Panahan petir yang dipercayai memasuki dapur rumah turut menyebabkan sistem pendawaian elektrik keseluruhan rumahnya turut rosak dan terbakar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Foto Kredit: Insurance Information Institute
Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.
Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.
“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: BERNAMA & Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pengemar bayam tentu geram tengok sayur ni gemuk-gemuk hasil tuai. Buat masak sayur lemak putih makan dengan nasi panas-panas memang hilang diet.
Bayam ni selain beli dikedai, sebenarnya tak susah nak tanam di halaman rumah. Selain ditanam atas tanah, bayam boleh ditanam dengan menggunakan kaedah dalam baldi mengunakan penapis iaitu tanpa perlukan tanah. Sesuai bagi yang tak tanah yang luas atau tinggal di apartment.
Nak tahu caranya ikuti panduan ini.
Bahan:
1 biji baldi bersaiz kecil
1 bekas tapis saiz ikut besar baldi
Coco peat secukupnya
Filterwool
Biji benih
Air
Baja AB
Berikut adalah langkah-langkah mudah penanaman bayam menggunakan penapis DIY.
1. Buat lubang pada tapis seperti dalam gambar di bawah
2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman. Saya guna bambu saja. Tandakan di kayu separas dasar tapis.
3. Ketepikan tapis dan tandakan bambu tadi di tepi baldi.
4. Tebuk yang di tanda guna paku panas. Tujuan lubang utk air overflow.
5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yang ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah hingga dasar baldi.
6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow, saya guna air biasa dulu. lagi bagus yang tiada campuran klorin.
7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak.
8. Tambah sabut basah atas filterwool dan ratakan
9. Taburkan benih bayam keatas sabut. Kalau boleh jangan terlalu padat (gambar diatas).
10. Spray air biasa supaya benih turut basah.
11. Tutupkan 2-3 hari guna piring pun ok supaya benih cepat cambah.
12. Lepas benih mula bercambah, tukar air dalam baldi dengan air baja AB. (10-15ml ab+2L air)
13. Boleh terus dedahkan pada cahaya jika benih sudah mula tumbuh seperti gambar diatas.
14. Tambah air baja AB jika air berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Sabut tu perlu di spray supaya sentiasa basah.
15. Tadaa! inilah hasilnya, korang boleh la tuai bayam selepas 4-6 minggu.
Mudahnya. Apa lagi, tanam aje bayam dalam baldi ni!
Sumber: Euzie Byna
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.
Maryam dalam satu perkongsian di instagram mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti.
Maryam Hamil 3 Bulan!
Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.
Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅 Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.
Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Walaupun gembira, Ryzal mengatakan hanya akan percaya apabila melihat bukti pada ujian kehamilan tersebut.
maryam: Abang awak dah jadi ayah. Betul lah.
Ryzal: Ini serius, macam mana sayang tahu.
Maryam: Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.
Demikian antara perbualan pasangan ini di dalam kereta apabila Maryam cuba membuat ‘surprise’ namun suaminya masih dalam situasi nak percaya atau tak. Lucu dan comel betul pasangan ini.
Sebelum ini, viral apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur bentuk tubuh Maryam dan mengatakan seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.
Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.
ainazamzayyanizaeemReaksi @ryzalibrhm sama mcm suami sy masa sy umum pregnant dulu..suami ingt main2 sekali pergi scan nk confirm terus happy siap doc n pembantu klinik semua happy..
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...