Wanita Ini Kongsi Step By Step Buat Asam Pedas Melaka Asli. Tak Payah Nak Ke Melaka Dah Kalau Mengidam!

Share

Sebut pasal Melaka memang teringat-ingat makanan yang famous kat negeri bersejarah itu, apa lagi kalau bukan asam pedas! Dapat pula yang kuah pekat, isi ikut kegemaran tak kisah lah ayam ke ikan ke, memang tak boleh lupa lah!

Tapi… Takkan setiap kali teringin nak makan kena pergi melaka kan? Apa kata buat sendiri je guna resepi dari puan Liza Idris ni! Jom sama-sama cuba nanti ya.

CARA BUAT ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bahan-bahan kisar:
2 biji bawang besar size sederhana
3 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
Cili kering**
Bahan-bahan lain:
Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
1 sb halda
1 sudu kecil gula
2 batang serai
1 sudu paste Asam Jawa
1 mangkuk air
Bunga kantan
Garam
Tomato

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar. 1 mangkuk cili kisar asingkan.

2. Panaskan minyak, goreng 1sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

3. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

4. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

5. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.

6. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.

7. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

8. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.
asam pedas melaka asli.

9. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
asam pedas melaka asli

10. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.

11. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Mudah kan? Lepasni kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!

Kredit: Liza Idris