Sekarang ni sana sini anak-anak di sekolah adakan jamuan raya, iye lah setelah dua tahun tak bersekolah dan beraya di sekolah. Inilah masa yang dinantikan untuk meriahkan lagi suasana di sekolah!
Bila ada jamuan, mestilah ada makanan. Ye dak? Jadinya mak-mak lah memikir nak bagi anak-anak bawa makanan apa ke sekolah! Kalau jenis tak sempat atau tak berapa rajin nak ke dapur, memang order lah kerjanya. Tapi yang jenis rajin tu, boleh cuba buat apam teddy bear ni! Mesti anak dan rakan-rakan kat sekolah teruja!
Ikuti step-by-step menyediakan apam teddy bear di bawah. Comel dan gebu!
RESEPI APAM TEDDY BEAR COMEL & GEBU UNTUK ANAK, CONFIRM LAKU
Apam teddy bear. Esok anak yang no 2 ada jamuan dekat sekolah agama. Pikir punya pikir. Jadi ini sahaja, boleh lah ye. 2 adunan akak buat.
Bahan-bahan:
– Telur 3biji gred A/B. Pastikan telur dari peti ais ye. Nak guna baru keluarkan.
– Ovelate 1 sudu besar.
– Gula castor/gula pasir halus 3/4 cawan.
– Esen vanilla 1 sdk.
– Susu cair 125ml
– Tepung Gandum 2 cawan setengah.*
Baking Powder 1 sdb.*
*ayak bahan bertanda*
Cara penyediaan:
1. Mix high speed telur, gula, ovellate sampai gebu dan ringan. Masukkan pula esen vanilla. Mix lagi.
2. Masukkan tepung gandum +baking powder. Berselang seli dengan susu cair. Mix slow sampai sebati sahaja.
3. Dah siap mix. Asingkn kepada 3 bahagian. Koko pekat 10% untuk hidung, mata sahaja. Koko lembut 30%. Warna ori 40%. Untuk warna koko saya guna pewarna koko jenama Star Brand. Untuk jem, terpulang nak letak jem ape ye.
4. Mula-mula kita buat telinga dulu. Untuk telinga guna warna koko lembut dan warna ori. Lepastu kukus dalam 3 minit. Dah kukus sejukkan boleh keluarkan dari loyang.
5. Ini dah siap kukus. Kalau bujur sikit lagi ok.
6. Susun paper cup dalam acuan. Picit separuh dari paper cup adunan warna ori. Picit pula jem.
7. Picit lagi adunan koko lembut sampai 3/4 dari cup tu. Jangan picit sampai penuh. Tinggal kan ruang sikit sebab ada adunan nak tambah nanti.
8.Boleh letak telinga dekat tepi cup tu. Tekan-tekan manja je.
9. Bentuk bulat besar sikit untuk hidung dan mulut dengan warna ori.
10. Untuk mata, mula-mula picit coklat pekat dulu. Untuk hidung juga guna warna coklat pekat.
11. Titik pula dengan warna ori pada mata teddy.
12. Ok. Dah siap untuk dikukus.. Kukus dalam 7 minit sahaja. Api sederhana kuat.
13. Alhamdulillah. Gebu gebas bila lepas kukus.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Habsah Ngah