Bila anak tak sihat, ibu-ibu la yang paling terkesan. Mana tidaknya semua kerja tak kena. Risaukan si kecil yang demamnya tak kebah.
Nah, admin kongsikan menu Chicken bone broth atau sup tulang ayam untuk ibu cuba buat. Makanan berkhasiat ini juga dikenali sebagai immunity booster. Malah, ada yang turut menggelarnya sebagai ‘sup kebal’.
Sup tulang ini sebenarnya telah diamalkan sejak turun-temurun lagi sebagai penawar. Ia bukanlah terhad kepada tulang ayam saja, tetapi juga boleh dibuat daripada lembu, ikan, atau kambing.
Ekstrak daripada tulang haiwan ini mengandungi 19 jenis asid amino beserta bahan padat nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ianya boleh menjadi petua rawat demam dan batuk untuk anak kecil, kanak-kanak, dan juga dewasa.
Menu ini dikongsikan oleh Puan Syazwana Jamal
yang siap menunjukkan langkah demi langkah cara membuat chicken bone broth yang juga boleh disimpan dijadikan stok dan perasa makanan yang serba berkhasiat.CARA MEMBUAT CHICKEN BONE BROTH
Mengikut pembacaan aku, Cbb dengan chicken stock ni lain sikit. Kalau chicken stock kita akan gunakan daging2 ayam untuk dapatkan rasa ayam tu sebagai perisa tambahan (penyedap) dalam makanan baby sebab baby belom boleh makan garam gula lagi. Tapi kalau Cbb ni more kepada immune booster sebab dia guna tulang2 ayam dan cara buat dia pon lebih kepada kita extract zat2 dari tulang ayam tu.
So cara aku,
1. Sebiji bawang besar.
2. Satu labu bawang putih.
3. Celery 3 batang.
4. Carrot sebatang.
5. Tulang2 ayam.
6. Lemon/cuka /tomato
7. Rempah 3 sekawan.
Lemon / cuka / tomato berfungsi untuk extract keluar semua zat2 dalam tulang ayam tu.
Masuk semua dalam periuk besar. Lemon tu perah ye. Jangan ko campak sekali pulak. Aku guna air agak2 penuh. Kene guna periuk stainless steel tau. Aluminium tak boleh nanti cuka / lemon tu bertindak balas dengan dia.
Kalau guna pressure cooker sejam dah siap. Kalau semikin macam aku ha ko tunggu la sampai 4jam! Jangan ko tido pulak mampod terbako dapur ko kang ? Ada org cakap sampai air turun jadi separuh pon boleh. Aku buat 4jam air jadi suku.
Dah siap boleh la follow macam dalam gambar. Sejukkan, masuk ice tray, bekukan. Bahan2 yg tinggal tu aku tak guna. Buang. Heheh.
BAHAN-BAHAN
Sebiji bawang besar.
Satu labu bawang putih.
Celery 3 batang.
Carrot sebatang.
Tulang-tulang ayam.
Lemon/cuka /tomato
Rempah 3 sekawan.
*Lemon / cuka / tomato – salah satu bahan berasid ini berfungsi untuk mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. Mesti letak ya!
CARA-CARA
Ini cara-caranya langkah demi langkah.
1. MASUKKAN BAHAN DALAM PERIUK
Masuk semua dalam periuk besar. Oh ya, lemon itu pastikan diperah. Jangan pula dicampak sekali dalam periuk.
2. MASUKKAN AIR
Saya guna air agak-agak penuh. Seeloknya guna periuk stainless steel, jangan yang aluminium sebab setahu saya yang aluminium boleh menyebabkan cuka / lemon boleh bertindak balas dengannya.
3. MASAK HINGGA KUANTITI AIR MENJADI SEPARUH / SUKU
Kalau guna pressure cooker sejam saja dah siap. Tapi saya tak ada, saya pun tunggulah sampai 4 jam. Air yang penuh tadi tinggal suku. Ada orang cakap, sampai air turun jadi separuh pon dah boleh. Terpulanglah nak yang mana.
3. TAPIS DAN BIAR SEJUK
Lepas dah siap, tapiskan bahan. Saya tak pakai dah tulang-tulang yang tinggal tu. Ambil pati supnya saja.
4. MASUKKAN KE DALAM ICE TRAY
Akhir sekali, masukkan ke dalam ice tray dan bekukan. Bila nak masak, boleh ambil ikut kuantiti yang diperlukan. Boleh buat sup ayam untuk anak, atau dijadikan perasa untuk masak makanan lain.
Bila dah beku, inilah hasilnya.
BERKHASIAT DAN PADAT NUTRISI
Itulah cara membuat chicken bone broth. Mudah saja, bukan? Bukan saja anak-anak, bayi dan dewasa juga boleh mendapatkan manfaat daripadanya. Masakan anda pun tentu bertambah sedap dan terasa lazat!