
Teringin nak makan nasi Beriani, tapi risau takut susah nak baut. Rupa-rupanya ada je cara simple tapi lazat. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Arma Abdul Rahman dengan hanya menggunakan perencah beriani maggi.
Cukup mudah, jom cuba!
Teringin nk mkn nasi briyani…
So kite guna Perencah Nasi Briyani Maggi…
1st time msk.. 1st time gak rase..
Seyez sdp… X tipu…
Hehehehe…
Resepi sy follow kt blkg perencah 2..
Tp ade bahan2 yg sy derhaka …
Resepi nasi
1. Sy guna beras basmati (basuh & rendam selama 30 mnt, 1 cup beras : 1 1/2 air).. Sy rendam trus dlm periuk nasi.
2. Tumis bawang merah (potong besar), 4 sekawan dgn minyak sapi smpai naik bau.
3. Masukkn ayam, gaul2.. Kemudian masukkn perencah nasi briyani..
4. Masukkn carrot & tomato (potong ikot suka)
5. Bila beras yg direndam da ckup mase 30 mnt, masukkn bahan tumis td dlm periuk nasi.
6. Masak nasi mcm biase.. Bile da masak, sy letakkn daun ketumbar utk naikkn bau.
7. Biarkan 5 mnt br kacau nasi td..
8. Siap.. Bole hidangkn
Resepi acar timun versi sy
1. Potong timun, carrot, bawang merah, tomato & lada merah (cara potong ikot suke)
2. Campurkn kesemuanya, kemudian taburkn gula (sy letak 3 sb).
3. Perah lemon & gaulkn kesemuanya. (klu suka pkai cuka, bole la gunakn cuka).
7 ‘C’ Menurut Dr Fadzilah Kamsah Patut Dielak Isteri Agar Tidak Dibenci Suami. Wajib Baca Ni!

Lumrah hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Ada baik dan ada buruknya. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tetapi yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsingkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
“Jangan Lupa Birthday Isteri.” Tip Dari Dato’ Fazley Jika Mahu Rumah Tangga Bahagia.

Selebriti bernama Datuk Fazley Yaakob ini cukup penyayang dan sangat mengutamakan keluarga. Semalam, beliau memuat naik salah satu tips kebahagiaan rumah tangganya bersama Datin Azrene Ahmad.
Menurut Fazley, sebagai suami kena sentiasa mengingati hari ulang tahun kelahiran isteri kerana itu salah satu formula untuk mereka kekal bahagia.
beliau berkongsi kapsyen di instagramnya yang berbunyi:
“Minggu depan kami berdua tak dapat bersama untuk menyambut birthday ‘adik sayang’ Azrene Ahmad.
“Jadi, kita buat celebrations awal.
“Ramai orang tanya saya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga?
“Salah satunya, jangan lupa birthday isteri okey.
Fazley turut memuat naik sepotong video dia sekeluarga meraikan hari jadi Azrene.
Kemeriahan sambutan itu turut disertai oleh ibu serta adiknya, Raf dan juga Mawar Rashid. Dato’ Fazley dan Datin Azrene telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.
Sumber: IG fazleyyaakob
“Pagi Makan Nasi Bungkus, Petang & Malam Ikat Perut.” Bekas Reban Ayam Jadi ‘Syurga’ Ibu Tunggal & Tiga Anak Kecil Ini. Sebaknya Baca!

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu ibu tabah ini memikulnya. Tidak tergambar akan kehidupan mereka yang terpaksa bersempit di dalam bekas reban ayam sebagai ‘syurga’ mereka anak-beranak.
Cukup memilukan dan tersentuh hati tatkala membaca kisah ibu muda beranak empat ini. dek kerana kesempitan hidup dia memilih untuk tinggal di bekas reban ayam milik ibunya.
Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, bersama anaknya, Wan Nurdhiya Irdina Wan Rubuan, 7; Wan Mohd Aniq Anaqi, 6; dan Wan Mohd Firas Irfan, 3, tinggal di ruang sempit itu sejak sebulan yang lalu. Namun anak bongsunya berusia setahun, Wan Mohd Harraz Naufal diserahkan dibawah jagaan seorang kakaknya yang bersimpati dengan nasib mereka anak-beranak.
Kisah Rabiatul dan anak-anak yang tinggal di reban ayam tersebut tular sehingga netizen mengeluarkan pelbagai andaian. Namun, ibu tunggal ini menafikan dia sengaja mahu memalukan keluarga.
“Saya bukan berniat menarik perhatian orang atau memalukan keluarga apabila tinggal di tempat ini tetapi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan mereka, segalanya berubah selepas dia berpisah dengan suaminya, tahun lalu.
Lebih teruk katanya, bekas suaminya tidak mampu untuk menampung keperluan anak-anak apabila mengalami cedera parah susulan terlibat dalam kemalangan.
Katanya, sebelum ini mereka tinggal di Machang, namun terpaksa pindah selepas gagal membayar sewaan rumah ditanggung bekas suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
“Saya berpisah dengan bekas suami pada November tahun lalu. Namun, bekas suami masih memberi nafkah dan membayar sewa rumah kami sekeluarga. Bagaimanapun pada Januari lalu, bekas suami terbabit kemalangan dan sejak itu, kami tidak dapat membayar sewa.
“Bulan lalu, saya mengambil keputusan pulang ke rumah ibu dan tinggal di sana selama seminggu. Namun, saya kasihan melihat ibu terpaksa melayan kerenah anak saya yang sedang membesar.
“Oleh itu, saya meminta izin tinggal di bekas reban ayam di belakang rumah ibu. Bagaimanapun, saya sedih kerana selepas kisah tular, banyak cerita tidak betul ditokok tambah sehingga memalukan ibu sedangkan beliau banyak membantu.
“Malah, saya difitnah mahukan perhatian dan meraih simpati orang. Saya tinggal di bekas reban ayam kerana ini sahaja pilihan yang ada. Saya memang tiada wang hendak menyewa rumah,” katanya.
Rabiatul Adawiyah berkata, mereka hanya menumpang tidur di bekas reban itu, manakala makan minum dan basuh pakaian banyak dibantu ibunya yang turut menanggung anak lain di rumah.
Beliau yang sebelum ini suri rumah, berusaha mencari pendapatan dengan menjaja barangan seperti pakaian kanak-kanak . Dalam masa yang sama , mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengisi perut.
“Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.
“Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak.
“Waktu petang dan malam, kami ikat perut atau makan makanan ringan,” katanya.
Ketika ini, katanya, beliau sedang berikhtiar melunaskan yuran persekolahan anak sulung dan wang proses dokumen perceraian bagi membolehkannya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jika ada pihak ingin membantu, saya berharap mendapat modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak,” katanya yang juga anak keempat daripada 10 beradik.
Sumber: Berita Harian & MalaysiaKini