Mi Celup sememangnya begitu terkenal sekali di Pantai Timur kerana kuahnya yang begitu padu dan dipenuhi dengan isi ayam, tapi bagi ibu-ibu yang ingin cuba tukar dengan maggi pun tak salah kan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL HabibiBoleh dicuba sebagai menu minum petang atau simpan untuk dibuat hujung minggu nanti jika ada tetamu yang ingin datang berkunjung ke rumah.
Haa angkat tangan siapa peminat maggi celup Kelantan?
Cikgu tengok dekat wall fb dua tiga hari ni asyik lalu je gambarnya. Cikgu pun tumpanglah nak meriahkan suasana. Jemput tengok gambar cikgu tayang. Aha

Ceritanya cikgu pernah hidang untuk tetamu masa hari raya. Nak bagi kelainan sikitlah kononnya. Asyik buat nasi dagang je. Jadi cikgu sediakan menu nasi air, bihun, mi, kuewtiaw dan maggi pun ada sekali. Mula-mula tu cuak juga cakap kat mak takut tetamu tak makan. Ohh rupanya sangkaan cikgu meleset. Maggi paling laku keras!

IKLAN

Habis licin semuanya sampai cikgu kena ulang masuk dapur banyak kali tambah baru. Sedap sangat kot cikgu buat. Hii

Jomlah cikgu bagi resepi mudah cara nak buatnya. Sup ni cikgu masak kat sini. Kalau kat kampung lagi sedap boleh beli banyak jenis perut. Dapat makan macam ni pun kira bahagia jugak. Asalkan ada rasa maggi celup ori.

RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
– akar ketumbar
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
– Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
B. Aneka Lauk
– Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur
( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
D. Aneka Rencah Perasa
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– lobak jeruk asin
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– serbuk chili flakes
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.
Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy