Anak lelaki pun boleh buat kek jik cara membuat penyediaanya mudah. Sebagaimana perkongsian puan Noraliza Alwi telah berkongsi cara membuat kek butter dengan mudah dan ringkas. Lebih menarik apabila anak-anakpun boleh membuat sendiri kek terutama anak lelaki.
Selain mendidik anak-anak kemahiran sukatan membuat kek, cara ini membantu anak-anak yakin diri.
Lihat hasil anak ini. Kek gebu aje! Sedap dimakan ketika panas.
Jom cuba praktiks kepada anak-anak resepi mudah ini.
Saja nak share kejadiannya kek butter hasil tangan anak-anak. Kek butter simple ja.
Dah 2-3 kali dok perhati mama buat lama-lama dah tau nak buat sendiri.
Kata mama, nak makan buat sendiri
Ads
Kalau nak dijadikan projek isi masa hujung minggu ini dengan anak-anak boleh la cuba resepi mudah kek butter moist ni ya. Budak-budak mesti happy.
KEK BUTTER MOIST MUDAH AJE NAK BUAT
Bahan-bahan:
Butter 1 buku (250g)
Tepung gandum 200g
Gula pasir halus 200g
Baking powder 1 sudu teh
Susu segar 1/2 cawan
Telur gred B – 4 biji (5 biji kalau C)
Ads
Caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang sampai warna keputih putihan
2. Masukkan telur satu satu
3. Masukkan tepung bersama baking powder.
4. Last sekali masukkan susu.
5. Boleh bakar pada suhu 180C selama 40minit?
Tips dan pesanan untuk elak kek batat:
(Kek butter jenis kek ringan memang senang untuk mendap atau batat kalau tak jaga pantang larang?)
Ads
1. Butter dan telur pada suhu bilik, kalau simpan peti ais keluarkan lebih awal dalam 4-5 jam sebelum buat
2. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum masukkan adunan
3. Pastikan bahan dan alat 100% kering
4. Elakkan dari membuka oven sepanjang proses membakar. Kadang budak excited nak tengok kek in progres hehe
Selamat mencuba
Noraliza Alwi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga. Jom cuba respi yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam .
Bukan jer sedap malah ringkas cara buatnya. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Boleh buat menu Chicken Perattal makan tengah hari ni.
Hi semua… Ni sy nk share resepi simple tp sedddaapp… Chicken perattal Mana tau dpt idea nk masak utk petang ni kan… #sheenasupraskitchen #theangelskitchen
Edit: Ada org tanya s.cili brand apa sbb colour cantik… Serbuk cili tu sy guna brand babas ye… tq
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Sebiji tomato,
Daun kari sikit
Daun ketumbar
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu kecil jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili’
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.
Cara membuat:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit, kacau sebati.
6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari.
7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kaca sekali sekala dalam 20 minit.
8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk 5 minit lagi. Siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya bila kita makan mee kari di restoran atau gerai, rasa sedap kuah karinya memang lain macam. Terasa cukup berempah, kuahnya pekat dan enak sekali rasanya. Namun bila dicuba untuk sediakan sendiri, hidangan mee kari terasa ada sahaja kurangnya.
Untuk itu, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi atau mesra membahasakan dirinya sebagai cikgu di group Masak Apa Hari Ni. Resipi Mee Kari yang diberikan cukup detail dan turut berkongsi ramuan-ramuan rahsia.
Menurutnya lagi resipi mee kari yang dikongsikan tersebut di beri nama Mi Kari Netup Pong Pongg. Baca nama resepi pun tak menahan dan katanya lagi paling utama tentang kesedapan rasa kuahnya, dijamin tak muak.
Jadi jom kita cuba!
Mi Kari Netup Pong Pongg
Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp.
(untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)
Choppp sebelum tu cikgu lupa masukkan dalam gambar lagi satu bahan penting;UDANG KERING.
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
Langkah 1 : Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Langkah 2 : Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh
Langkah 3 : Masukkan rempah campuran ke dalam periuk
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar rempah kari
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Langkah 4 : Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu* Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Langkah 5 : Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa
Langkah 6 : Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
Tutup semula periuk. Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Langkah 7 : Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini.
Langkah 8 : Perasakan kuah peringkat kedua;
Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Langkah 9 : Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;
– tauhu pok (dibelah 4)
– fishcake
– fishball goreng
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...