
Biasanya kalau makan di kedai atau restoran, menu ikan ini pasti jadi pilihan ramai. Rasanya yang masam, manis dan pedas secukup rasa membuatkan ia antara menu kegemaran ramai.
Kali ini admin bawakan resipinya untuk ibu-ibu cuba sendiri di rumah. Cukup mudah dan pastinya sedap.
Boleh dihidangkan waktu makan tengah hari mahupun malam.
Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam
Ramai kata sedap sangat-sangat. Boleh cuba ni. Resepi dalam gambar.
Bahan-bahan
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun limau purut
Sedikit jus perahan limau nipis.
3 sd mkn pes tomyam
2 sd mkn pes cili kering
Cara membuat:
Ikan siakap dilumur dgn sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
Deep fry ikan siakap.
Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
Gaul rata dan perasakan dgn garam.
Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi.Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)
Sumber : Sheena Cooking Passion
“Nape Muka Kakak Masam, Tak Ready Nak Ada Adik Ye. Cutelah.” Haziq Kongsi Berita Gembira Isteri Hamil 5 Bulan!

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga.
Menurut bapa kepada dua orang cahaya mata ini, kandungan isterinya itu kini memasuki usia lima bulan.
“Alhamdulillah Allahuakbar.It’s been 5 months. Say hi to adik heidy yaya.
“Kami doakan urusan korang yang menantikan cahaya mata juga dipermudahkan. Amin,” tulis Haziq menerusi kapsyennya.
Memuatnaik berita tersebut beserta gambar mereka sekeluarga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini.

Sumber: haziq_hussni
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Tak Perlu Beli, ini Cara Buat Sendiri Aiskrim Homemade, Guna 4 bahan Je. Mudah & Sedap!

Cuaca panas begini kalau dapat makan aiskrim memang lah enak kan. Anak-anak paling suka ni. Memandangkan sekarang ini tengah PKP dan tidak dapat keluar rumah, apa kata ibu-ibu buat sendiri aiskrikm homemade.
Lagi seronok kalau ajak anak-anak buat bersama, lebih meriah dan ini juga salah satu pembelajaran baru buat mereka. tidaklah asyik mengadap tv atau gajet sahaja sepanjang masa kan. Pasti anak-anak akan suka ni bila dapat rasa air tangan sendiri.
Jom cuba resipi aiskrim homemade yang dikongsikan oleh puan Eyta Mazlie menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Selamat mencuba!
Sepanjang PKP ni macam² masakan dah try, kalau blur nk masak apa.. Tengok group ni, jadi inspirasi & ada idea nak masak apa..😍
Nak tahu x cara nak buat aiskrim homemade? Buat malam tadi, sekarang dah boleh ngap.. Baru boleh share..😁
Resepi simple.. Bahan² pun memang ada kat dapur.
Resepi dari group ni jugak tapi saya olah sikit.
Saya share kot² ada yang nak try.. 😊
Aiskrim Homemade
Bahan2 :-
1 tin susu cair/susu kotak Belian online DI SINI
*(saya guna susu tepung anak ja dibancuh dengan setin air masak)😅
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan Belian online DI SINI
1 penutup esen vanila Belian online DI SINI
1 sb ovallet (Saya lebihkan 2sb) Belian online DI SINI
Cara membuat:
– Mix semua bahan sampai gebu
– Masuk dalam bekas
– Bekukan dalam freezer
*Kalau nak buat banyak cuma gandakan ja bahan2 tu.
Ni base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa2 perisa yang anda suka..Untuk aiskrim ni saya warnakan untuk nampak lebih menarik..
P/S – Susu anak tu saya guna susu everyday, jadi orngg dewasa pun boleh minum.. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna ja bahan apa ada kat dapur.. 😊
Dr Kini Terpaksa Buat Pilihan Sukar! Bantulah Kami Supaya Sistem Kesihatan Negara Tidak Lumpuh Sama Sekali.-Dr Noor Hisham

Betapa meruncingnya kes Covid-19 yang dihadapi kini hingga sampai pada tahap doktor perlu membuat pilihan pesakit yang mana perlu diselamatkan di ICU. Ini dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, doktor kini terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang berpotensi sembuh lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah. Tindakan itu terpaksa diambil susulan situasi Covid-19 di Malaysia mencapai tahap kritikal.
Katanya, apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kesihatan untuk merawat, doktor terpaksa membuat pilihan sukar.
“Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.
“Bantulah kami supaya sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali.
“Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19. Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara,” katanya menerusi Facebook rasminya.
Dr Noor Hisham berkata, semalam juga mencatatkan satu detik hitam buat negara apabila mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi sejak pandemik itu bermula.
“Dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini (semalam), ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 ke angka 2,650.
“Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.
“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei lalu saja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 direkodkan, ini adalah jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini,” katanya.
Katanya, bilik simpanan mayat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah atau jasad susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.
“Pihak perkhidmatan perubatan forensik menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah atau jasad pesakit Covid-19 atau bukan di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh.
“Satu ‘fleximort’ khusus untuk jenazah atau jasad pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 mayat manakala bagi ‘fleximort’ maksimum 12 mayat,” katanya.
Menurutnya, dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa.
“Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing.
“Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.
“Marilah kita kekal duduk di rumah. Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan,” katanya.
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club