
Pastinya kita semua nak sihat namun siapa sangka, penyakit tetap juga datang tanpa diundang. Salah satunya penyakit batu karang.
Ia adalah sejenis penyakit yang membawa maksud batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.
Tanda anda dikatakan menghidap batu karang antaranya sakit didi sisi bawah tulang rusuk, kencing kotor,sakit ketika buang air kecil, kencing berdarah dan. loya serta muntah.
Selain mendapatkan rawatan dari pegawai perubatan, tidak salah untuk kita iktihar dengan beberapa petua.
Sebagaimana perkongsian petua oleh wanita ini, Lily Rose yang berkongsi resepi untuk membuat jus minuman anti batu karang.
Menurutnya lagi, setelah 4 bulan memgamalkan petua ini, penyakit batu karang yang dialami oleh suaminya semakin pulih.

Bukan Salah Anak Jika Tak Beradab, Ibu Bapa Cermin Diri Dulu Mungkin Mereka Tiru Perangai Kita

Pernah tak kalau anda salah cakap depan kanak-kanak contohnya terkeluar bahasa kesat, kena ‘cover’ balik? Semata-mata tak nak ayat yang keluar dari mulut kita tadi tu ditiru oleh mereka.
Bayangkan lah, itu baru perkataan tau, belum lagi habit kita yang lain tanpa sedar kita rupanya anak-anak ni menilai apa yang kita buat selama ini dan apabila dah terbiasa, mereka juga akan meniru apa yang kita lakukan.
Untuk elak berlakunya perkara sedemikian, Parenting Coach, Mohd Fhais Salim berkongsi antara adab kita yang anak akan cepat tiru. Harap selepas ini ibu ayah dah tak terlepas habit ini depan anak-anak ye!
15 adab kita yang anak akan cepat tiru
1 – Panggil orang
- Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap
- Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 – Mengarah
- Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 – Sebut tolong
- Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 – Ketika makan
- Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 – Marah orang
- Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua
- Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar
- Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser
- Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum
- Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 – Ucap terima kasih
- Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
12 – Meminta maaf
- Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar
- Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh
- Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk
- Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Nak mudah tengok cara kita marah anak. Sampai satu masa pasti anak akan guna cara yang sama untuk marah adik atau kawan dia. Seram kalau nampak cara dia marah😬
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais Salim
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Cara Nak Menambah Hati Suami Yang Isteri Kena Tahu. Jom Semak Info Ini!

Pastinya, setiap isteri inginkan suami yang sentiasa mencintai dan sayanginya selalu. Justeru, untuk kekalkan hubungan harus sentiasa ada nilai kasih sayang antara pasangan. Jom kita semak apa yang isteri harus lakukan untuk menambah hati suami.
1. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
2. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
3. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
4. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
5. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
6. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
7. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
8. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
9. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
Ramai Mak Ayah Letak Nama Anak Ikut Sedap Sebut Tapi Tak Ada Maksud, Pegawai Pejabat Agama Ini Kongsi Tip & Kesilapan Ketika Pilih Nama.

Setiap kali kelahiran anak pasti mak ayah buntu mencari nama yang sesuai untuk si kecil mereka. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan nama anak gara-gara keliru dengan pilihan.
Tak kurang juga ada pasangan yang gagal mencapai kata sepakat dalam satu-satu pilihan nama. Sudahnya nama anak diberi ikut sedap sebut sahaja tanpa memeriksa maksudnya lebih dahulu.
Sekarang bukan sahaja trend nama anak ikut sedap mulut tetapi nama yang panjang berjela seperti, Wan Muhammad Haikal Firdausi, Muhammad Qayyum Nur Qardhawi, Syafika Nur Irdina dan sebagainya. Bukan tak boleh tapi kesian pada anak.
Bagi mak ayah yang bakal menyambut kelahiran anak ataupun masih sedang mencari nama anak, apa kata jadikan panduan yang dikongsikan oleh saudara Nik Nizam Nasir yang merupakan seorang kakitangan Pejabat Agama Islam di Tumpat. Sangat membantu!
Jom ikuti info dan panduan untuk memberi nama anak yang ringkas dan sangat bermakna.
Panduan memberi nama anak dalam Islam.
Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dalam soheh Bukhari yang Nabi pernah tukar seorang perempuan nama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah la nak tukar-tukar.
Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir-fikirkan lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.
Yang hebatnya ada orang yang sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil Man jee. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak-
nak bila isi borang. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf.

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yang nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis lain kata pada hari pertama.
Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan, maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh, maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sebenarnya penting kerana Nabi bersabda, kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada orang tanya saya, ada ke apa-apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan?
Orang Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata tak dak fadhilat apa-apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagala amalan, rajin-rajin la
berselawat dan buatla seperti mana yang Nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dengan nama malaikat?
Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail.Mengikut Ulamak Syafieyah nak letak nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.

Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :
1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.
2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.
3. Nama Zaleha, Zaleha ni sebenarnya tak dak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.
4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani tu sendiri membawa erti yang tidak elok .
5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau Jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.
Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.
7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ye.
Kalau boleh cari la nama yang baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah، merupakan doa buat mereka.
Sekian.
Jadi buatlah yang terbaik untuk anak kita dengan memilih nama yang tepat. Tak sedap tak apa asalkan maksudnya sempurna dan baik di sisi Allah.
Sumber: Nik Nizam Nasir